Banjir: Penduduk berhampiran Sungai Golok diminta siap sedia berpindah

November 7, 2022 · Isu semasa

Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Golok diminta bersiap sedia untuk berpindah selepas paras sungai sudah melepasi paras bahaya dan dijangka berdepan bencana banjir pada masa terdekat.

Pusat pemindahan sementara juga sudah dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh dan menempatkan 32 mangsa banjir pada hari ini selepas air Sungai Golok melimpah.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Pasir Mas, Kapten (PA) Mohd Arif Mohd Zain berkata, enam keluarga terdiri daripada 17 lelaki dan 15 perempuan dipindahkan ke PPS berkenaan selepas air sungai terbabit mencatatkan paras 8.30 meter.

Cuaca di sini panas, namun kita sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

“Bagaimanapun, enam keluarga di Kampung Lancang tidak berpindah kerana rumah mereka tinggi,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Menurut beliau, selain sentiasa melakukan pemantauan, anggota APM turut mengagihkan kit makanan kepada mangsa yang berada di rumah.

“Oleh kerana air Sungai Golok berada pada paras amaran, penduduk dinasihatkan sentiasa bersedia untuk berpindah sekiranya keadaan memerlukan berbuat demikian,” ujar beliau.

Popular
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dibuka rendah, jatuh dua hari berturut-turut
19 minit lalu · Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
22 minit lalu · Isu semasa
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
26 minit lalu · Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
29 minit lalu · Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
16 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok