Banjir: Mangsa seluruh negara meningkat 55,000 ditempatkan di PPS

March 5, 2023 · Isu semasa

Hampir 55,000 orang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) yang melibatkan tiga negeri setakat 8 malam ini manakala keadaan banjir di Selangor dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya.

Walaupun keadaan banjir semakin pulih, namun jumlah mangsa yang masih berlindung di seluruh negara masih meningkat dan banyak harta benda mengalami kerosakan.

Johor terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 50,596 orang diikuti Pahang (3,014) dan Melaka (595), menurut laporan Bernama.

Di JOHOR, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan 15 lagi PPS dibuka, menjadikan jumlah keseluruhan 268 pusat beroperasi di kesemua 10 daerah setakat ini.

Menurut JPBN, Batu Pahat menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 19,883 mangsa daripada 5,619 keluarga diikuti Segamat (13,527 orang daripada 3,969 keluarga), Kluang (4,893 orang/1,402 keluarga), Muar (4,235 orang/1,250 keluarga) dan Kota Tinggi (3,209 orang/851 keluarga).

Tangkak menempatkan 3,003 mangsa daripada 879 keluarga, Mersing (1,103 mangsa/326 keluarga), Johor Bahru (393 mangsa/132 keluarga), Pontian (286 mangsa/72 keluarga) dan Kulai (64 mangsa/15 keluarga).

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di MELAKA terus meningkat kepada 595 orang daripada 147 keluarga setakat 8 malam berbanding 516 orang daripada 138 keluarga pada 2 petang tadi.

Sekretariat JPBN dalam satu kenyataan memaklumkan peningkatan itu melibatkan mangsa yang terjejas di daerah Jasin iaitu 585 orang daripada 144 keluarga dan mereka ditempatkan di lima PPS manakala satu PPS di Alor Gajah menempatkan 10 mangsa daripada tiga keluarga.

Di PAHANG, aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan jumlah mangsa banjir malam ini berkurangan kepada 3,014 orang di 21 PPS berbanding 3,042 orang di 22 PPS petang tadi.

Rompin merekodkan mangsa paling ramai iaitu 2,759 orang manakala jumlah mangsa di satu PPS di Temerloh ialah 226 orang dan 29 lagi berada di sebuah PPS di Maran.

Di SELANGOR, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memaklumkan PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau Sempak, Sungai Buloh ditutup secara rasmi petang tadi dan kesemua 13 mangsa daripada dua keluarga dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Di NEGERI SEMBILAN, APM memaklumkan PPS SK Sungai Kelamah, Tampin ditutup pada 2.07 petang tadi sekali gus menjadikan keadaan banjir di Tampin, Jempol dan Kuala Pilah pulih sepenuhnya susulan penutupan semua PPS di daerah itu.

Berita berkaitan
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
March 26, 2023· Isu semasa
Banjir Batu Pahat: Seramai 6,740 orang masih ditempatkan di PPS
March 21, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
March 20, 2023· Isu semasa
Tiada keperluan umat Islam ziarah ke rumah ibadat agama lain, kata Mufti Pahang
March 18, 2023· Isu semasa
Popular
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Radzi beri petua kepada timbalan menteri DAP jawab soalan Parlimen
13 minit lalu · Isu semasa
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
10 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
11 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
11 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
25 minit lalu
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok