Banjir makin pulih, 4,503 mangsa masih di PPS tiga negeri

January 8, 2022 · Isu semasa

Situasi banjir semakin pulih apabila jumlah mangsa bencana itu yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri sehingga petang ini turun kepada 4,503 individu.

Memetik Bernama, di JOHOR, jumlah mangsa yang terjejas banjir terus mencatatkan penurunan kepada 3,770 orang daripada 1,069 keluarga yang masih ditempatkan di 50 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4 petang berbanding 3,872 individu daripada 1,090 keluarga pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R Vidyananthan berkata empat daerah masih terjejas dengan Segamat terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,809 orang, diikuti Muar (1,182), Tangkak (705) dan Batu Pahat (74).

“Terdapat enam PPS telah ditutup hari ini dengan empat daripadanya di Segamat iaitu Balai Raya Kampung Awat Batu Anam, Sekolah Agama Mukim Jabi, Surau Kampung Lubuk Lanjut dan Balai Raya Kampung Mensudut Pindah selain Sekolah Agama Bukit Gambir dan Sekolah Kebangsaan Sawah Ring di Tangkak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan semua penduduk agar sentiasa berwaspada berikutan lima sungai mencatatkan aras bahaya iaitu Sungai Muar di Liang Batu, Sungai Muar di Panchor, Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat; Sungai Pagoh di Kampung Olak Sepam, Muar; dan Sungai Endau di Kampung Labong, Mersing.

Di MELAKA, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata mangsa banjir di negeri itu menurun kepada 369 orang daripada 99 keluarga petang ini berbanding 389 orang (105 keluarga) pagi tadi dengan kesemuanya berlindung di tiga PPS di Jasin.

Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir menurun setakat 4 petang ini dengan 364 orang ditempatkan di 10 pusat pemindahan berbanding 493 individu di 11 PPS pagi tadi.

Selain itu, beberapa jalan masih lagi ditutup antaranya Jalan Triang 1, Jalan Batu Bor di Bera, Jalan Ibam-Kampung Aur, Jalan Kampung Lubuk Batu (Rompin), Jalan Teluk Ganchong Lepar (Pekan), Jalan Serengkam (Maran) dan Jalan Kota Gelanggi-Lepar Utara (Jerantut).

Laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan aras air di Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang di Maran, Sungai Dong di Kampung Peruas (Raub) dan Sungai Triang di Taman Agropolitan Chemomoi (Bentong) kekal melepasi tahap waspada petang ini.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok