Banjir luar jangka di Hulu Baram terkawal: Bomba

September 15, 2022 · Isu semasa

Keadaan banjir luar jangka yang berlaku di beberapa kawasan di Hulu Baram, Miri adalah terkawal, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.

Pengarah JBPM Sarawak Datuk Khirudin Drahman berkata air di kawasan terjejas sudah mula surut dan tiada pusat pemindahan sementara dibuka, menurut laporan Bernama.

Beliau berkata aset JBPM seperti helikopter juga telah digerakkan ke lokasi bagi menghantar bekalan makanan dan bantuan lain.

“Kebiasaannya pada September, kita jangka keadaan panas dan kering tetapi apa yang berlaku kini adalah akibat perubahan musim yang tidak kita jangka.

“Untuk persiapan di Sarawak, kita memang sudah bersedia sekarang atau sewaktu Monsun Timur Laut (MTL) nanti,” katanya kepada pemberita sekepas menghadiri Program Solidariti Bomba dan Masyarakat di sini hari ini.

Hujan lebat di kawasan Hulu Baram telah mengakibatkan situasi banjir sejak Ahad lepas.

Khirudin berkata keadaan banjir di Hulu Baram juga dapat dikawal hasil daripada kerjasama pihak bomba dan komuniti setempat.

Menurut laporan kesiapsiagaan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), fasa peralihan monsun akan bermula pertengahan September hingga November dan jabatan itu menjangkakan MTL 2022/2023 bermula pada November 2022 hingga Mac 2023.

Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka mengalami hujan lebat monsun bermula November hingga Disember 2022 manakala Johor, Sabah dan Sarawak dijangka berhadapan hujan lebat monsun bermula Disember 2022 hingga Januari 2023.

Berita berkaitan
Kemalangan van di Balik Pulau korbankan seorang warga Singapura
18 jam lalu· Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023· Isu semasa
Bomba jalankan siasatan dalaman nahas helikopter di Subang
July 23, 2023· Isu semasa
MP DAP Sarawak persoal rancangan bina kediaman baharu Yang di Pertuan Negeri
July 5, 2023· Politik
Popular
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Dia juga membantu orang miskin, kata PMX semasa pertemuan dengan Syed Mokhtar
June 2, 2023
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
5 jam lalu · Isu semasa
Penyusutan nilai sektor komoditi punca perdagangan negara susut: Liew
5 jam lalu · Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
6 jam lalu · Isu semasa
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
6 jam lalu · Isu semasa
Ramalan kaji cuaca ramal ribut petir dan angin kencang di utara semenanjung
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok