Banjir: Lima PPS baharu dibuka di Johor, 200 mangsa dipindahkan

September 25, 2022 · Isu semasa

Lima lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Johor menjadikan keseluruhan enam PPS di negeri itu yang menempatkan 200 mangsa banjir kilat setakat jam 4 petang tadi.

Terdahulu, sebuah PPS dibuka di Sekolah Agama Seri Bengkal dalam daerah Batu Pahat pada 8 pagi yang menempatkan 69 mangsa daripada 22 keluarga dari Kampung Seri Bengkal.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), sebuah lagi PPS dibuka di Batu Pahat iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bintang Peserai.

“Dua PPS dibuka di daerah Pontian iaitu di Pusat Kokurikulum Johor, Sungai Tempayan dan Sekolah Agama Kayu Ara Pasong.

“Bagi daerah Johor Bahru pula, dua PPS dibuka iaitu di Dewanraya Gelang Patah dan SK Nong Chik,” menurut Bernama.

Menurut JPBD, sebanyak 12 kawasan di Johor dilaporkan terjejas akibat banjir kilat berikutan hujan lebat bermula pada 6.30 pagi.

Antara kawasan terjejas ialah Kampung Seri Bengkal dan Kampung Bintang Peserai di Batu Pahat, Taman Dato Syed Mohd Idrus serta Kampung Baru dan Kampung Mohd Amin di Johor Bahru.

Di Pontian pula ialah Kampung Sungai Mulih, Pekan Nenas; Kampung Parit Sapran; Kampung Parit Haji Omar; Jln Mohsin, Kayu Ara Pasong; Kampung Parit Haji Siraj; Parit Lapis, Kayu Ara Pasong dan Kampung Parit Abdul Rahman.

Sementara itu, kira-kira 22 rumah di sekitar Kampung Seri Bangkal, Parit Yaani di Batu Pahat terjejas akibat banjir, dengan paras air naik secara mendadak dalam masa tidak sampai sejam susulan hujan lebat awal pagi tadi.

Seorang penduduk Manisah Sariman, 66, berkata kejadian berlaku pada kira-kira jam 4 pagi semasa beliau bersama dua anak serta seorang cucunya sedang tidur, apabila mereka dikejutkan oleh hujan lebat, dan air mula memasuki kediaman mereka.

“Paras air naik dengan cepat, sekejap sahaja sudah naik sehingga paras lutut di dalam rumah. Kami sekeluarga hanya mampu berdoa agar tidak ditimpa kejadian yang tidak diingini. Tiga jam kemudian, kami diarahkan pindah oleh anggota keselamatan yang bertugas,” katanya.

Beliau yang ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Agama (SA) Seri Bengkal, dekat sini, yang dibuka jam 8 pagi tadi berkata, dia hanya sempat menyelamatkan beberapa barangan serta dokumen penting sebelum keluar dari rumah.

Katanya semasa dia bersama ahli keluarganya dipindahkan ke PPS berkenaan yang menempatkan 69 mangsa daripada 22 keluarga, hujan masih lebat, dan ia mulai reda hanya pada kira-kira jam 10 pagi.

“Sebelum ini kawasan sini pernah alami banjir, namun paras air hanya di paras buku lali sahaja, itupun di kawasan halaman rumah sahaja dan tidak pernah memasuki ke dalam rumah memandangkan rumah kami berada di kawasan yang agak tinggi,” katanya.

Di Johor Bahru pula, seorang pelajar kolej swasta Muhammad Suzaihan Kassim, 25, berkata dia dan 14 lagi rakan yang tinggal di sebuah rumah banglo dua tingkat yang disediakan pihak kolej di Kampung Mohd Amin di sini, tidak menyangka air akan masuk hingga ke dalam rumah.

Pelajar Netherlands Maritime University College (NMUC) di sini berkata kira-kira pukul 8.30 pagi, beliau bersama penghuni rumah itu mula bekerja keras, mengalihkan barang-barang elektrik seperti peti ais ke tingkat atas rumah.

“Kami risau kerana barang dalam rumah ini kebanyakannya kepunyaan pihak kolej, tetapi mereka (pihak kolej) sudah dapat maklumat dan akan hantar bantuan untuk proses pembersihan serta baiki apa-apa barang keperluan yang rosak,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya itu hari ini.

Menurut Muhammad Suzaihan yang juga ketua kediaman berkenaan, rumah itu menempatkan 43 pelajar, tetapi ketika kejadian hanya terdapat 15 orang memandangkan ramai yang pulang ke kampung kerana cuti semester.

“Banjir kilat ini adalah kali ketiga terjadi di rumah ini. Tahun lepas juga dah jadi dua kali namun kali ini yang paling teruk sekali,” kata Muhammad Suzaihan yang berasal dari Sabah.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022· Isu semasa
MB Johor akur tsunami orang Melayu, mahu Zahid berundur atau dipecat
November 20, 2022· Politik
Pusat undi di Sepang tenggelam banjir, ditukar lokasi
November 18, 2022· Politik
Esok PRU-15, 8 negeri banjir mangsa cecah 4,410 orang
November 18, 2022· Isu semasa
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
UEC tak ikut Akta Pendidikan 1996, kenapa harus diiktiraf? Kok Seong
November 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
9 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
14 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
49 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok