Banjir: LHDN beri penangguhan kepada mangsa, majikan

December 28, 2021 · Isu semasa

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi penangguhan bayaran cukai kepada pembayar cukai dan majikan yang terjejas akibat bencana banjir di beberapa negeri sejak 18 Disember lalu.

Dalam kenyataan hari ini LHDN memaklumkan susulan penangguhan itu tarikh akhir bayaran Anggaran Cukai Kena Dibayar (CP204) dilanjutkan hingga 31 Januari 2022.

Manakala bayaran ansuran siasatan, audit, pungutan, guaman sivil ditangguhkan sehingga Februari, lapor Bernama.

Tarikh akhir bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) atau CP38 pekerja bagi bulan saraan Disember ini pula dilanjutkan untuk diremit hingga 31 Januari depan, berserta bayaran baki cukai dibenarkan penangguhan hingga ke suatu tempoh yang dimohon oleh pembayar cukai.

Sementara itu pembayar cukai dan majikan yang terjejas perlu mengemukakan permohonan penangguhan bayaran itu melalui e-mel dan borang maklum balas yang boleh dicapai di portal rasmi LHDN dengan disertakan dokumen sokongan.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada LHDN melalui talian ‘Live Chat’ dan borang maklum balas di portal rasmi.

Berita berkaitan
Tiada unsur penyelewengan dalam projek Musang King di Kedah, kata SPRM
August 12, 2022· Isu semasa
Pengurus bank sahkan RM1 juta diterima Sharir daripada Najib
August 11, 2022· Isu semasa
Shahrir bayar penuh beli kereta Honda RM118,485 guna cek: Saksi
August 8, 2022· Isu semasa
Bicara kes SM Faisal pukul bekas isteri ditangguh 8 Sept
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
SRC: Catur terakhir ‘Bossku’ bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan
August 15, 2022
Skandal LCS: Pengarah operasi ‘VIP’ dalam senarai pertuduhan SPRM
August 15, 2022
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
August 14, 2022
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Harga alat ganti kenderaan naik antara 25 dan 60 peratus: Laporan
59 minit lalu · Isu semasa
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
1 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia diniaga rendah pagi ini, ringgit pula dibuka tinggi
2 jam lalu · Isu semasa
Skandal LCS: Pengarah operasi ‘VIP’ dalam senarai pertuduhan SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
SRC: Catur terakhir ‘Bossku’ bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok