
Terowong Smart ditutup.
Terowong Lebuhraya SMART ditutup sepenuhnya kepada pengguna bagi persediaan operasi banjir susulan hujan lebat sejak petang tadi.
Penutupan terowong tersebut sebagai persediaan bagi menghadapi kemungkinan banjir ekoran hujan lebat yang melanda ibu kota hari ini.
Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) menerusi catatan di Twitter memaklumkan bahawa penutupan berkenaan dilaksanakan selepas menerima arahan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada jam 7.13 malam tadi.
“Mod 3 telah diaktifkan iaitu proses penyuraian dan penutupan terowong SMART dilaksanakan oleh Pusat Kawalan Trafik SMART dan air banjir masih dilencongkan,” menurut catatan itu.
Status Terowong Lebuhraya SMART boleh diikuti melalui laman web SMART di www.smarttunnel.com.my , [email protected] atau ‘Smart Tunnel’ di Facebook.
Hubungi talian bantuan SMART di 1300887188 untuk pertanyaan atau maklumat lanjut.