Banjir kilat landa Ipoh

June 18, 2022 · Isu semasa

Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Bandaraya Ipoh dilanda banjir kilat petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai banjir melanda di pusat beli-belah Aeon Kinta City, Canning Garden dan Taman Cempaka bermula pukul 4.08 petang tadi.

“Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh serta Simpang Pulai segera dikerahkan bagi kerja-kerja menyelamat dan memantau keselamatan orang ramai,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata hasil pemantauan mendapati terdapat kereta yang terperangkap di dalam kawasan banjir dan beberapa rumah dinaiki air namun paras air mulai surut pada kira-kira pukul 5 petang.

“Semua mangsa dalam keadaan selamat dan tiada penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan setakat ini,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
11 jam lalu· Isu semasa
KDN gerakkan agensi bagi koordinasi bantuan banjir di Baling
13 jam lalu· Isu semasa
DAP jangka PRU-15 diadakan tahun depan
July 5, 2022· Politik
Banjir di Baling, Azeez gesa projek Musang King dihentikan
July 5, 2022· Isu semasa
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
Hakim setuju lawat 2 banglo disebut dalam kes rasuah Presiden UMNO
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Zahid mengaku anak diminta pantau pelaksanaan pelaburan dalam hotel
10 minit lalu · Isu semasa
‘Kelakar’ jika tanya penderma duit haram atau tidak, kata Zahid
46 minit lalu · Isu semasa
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
1 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
1 jam lalu · Isu semasa
4 Ogos keputusan permohonan Rosmah ketepi Sri Ram
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
3 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok