Banjir kilat lagi di Shah Alam, Klang hari ini ketika musim PRU-15

November 10, 2022 · Isu semasa

Beberapa kawasan di sekitar daerah Klang dan Petaling, termasuk Shah Alam, dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat serta parit yang tersumbat, petang ini.

Beberapa sekolah turut dinaiki banjir menyebabkan ramai ibu bapa bimbang keselamatan anak-anak mereka. Ini termasuk di sekolah rendah kebangsaan, selain Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, Klang.

Hujan lebat dan banjir kilat ini turut membantutkan kempen Pilihan Raya Umum Ke-15, setelah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, membubarkan Parlimen pada 10 Oktober lalu. Hari pengundian bagi PRU-15 ditetapkan pada 19 November ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata kawasan terbabit adalah Jalan Meru 3; Persiaran Hamzah Alang; Jalan Kasban; Jalan Kenangan; Taman Daya; Jalan Khamis; Jalan Jabar dan

Bomba menerima panggilan mengenai banjir di kawasan berkenaan sekitar jam 4.15 petang.

Susulan itu seramai 13 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar dan Sungai Pinang bergegas ke lokasi.

“Beberapa jalan serta perumahan di sekitar pekan Meru dinaiki air susulan hujan lebat serta longkang tersumbat. Anggaran kedalaman banjir adalah sekitar 0.3 meter dan tiada pemindahan dilakukan setakat ini selain trend air banjir juga semakin menurun.

“Bagaimanapun, bomba akan meneruskan pemantauan di lokasi,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, sebanyak 20 rumah di Taman Setia Warisan Seksyen U6 terkesan akibat limpahan air sungai berhampiran susulan hujan lebat.

Norazam berkata, anggaran kedalaman banjir adalah sekitar satu meter dan trend air dilihat semakin meningkat.

“Hingga kini, tiada pemindahan dilakukan dan pemantauan masih dilakukan pihak kami,” katanya.

Dalam pada itu, berdasarkan pemantauan di Facebook dan Twitter, beberapa kawasan lain turut dinaiki air antaranya, Jalan Haji Abdul Manan, Taman Seri Puteri, dan Jalan Limau di Meru; Taman Seri Sementa; Klang Sentral; Sungai Kapar Indah; Persiaran Hamzah Alang Kapar dan Bandar Puteri Klang.

Turut dinaiki adalah Persiaran Mokhtar Dahari berdekatan Alam Budiman, Seksyen U10.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Pusat undi di Sepang tenggelam banjir, ditukar lokasi
November 18, 2022· Politik
Esok PRU-15, 8 negeri banjir mangsa cecah 4,410 orang
November 18, 2022· Isu semasa
Mangsa banjir di Perak meningkat setakat tengah malam tadi
November 18, 2022· Isu semasa
Hujan lebat sejak malam tadi, Lembah Klang banjir
November 17, 2022· Isu semasa
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022
3,024 kes baharu, lapan kematian
November 26, 2022
Kerajaan laksana PKP di 6 daerah Selangor bermula 6 Mei
May 4, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
47 minit lalu · Isu semasa
3,024 kes baharu, lapan kematian
13 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
24 jam lalu · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
21 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok