Banjir kilat di JB: Bomba selamatkan lima guru, 14 murid terperangkap

September 25, 2022 · Isu semasa

Lima guru dan 14 kanak-kanak diselamatkan dari sebuah tadika di Johor Bahru yang dilanda banjir pagi ini (Ahad, 25 September 2022).

Pegawai Pemerintah Balai Bomba dan Penyelamat Larkin Nazarudin Yusof berkata sepasukan anggota telah dihantar ke Kampung Mohd Amin pada kira-kira jam 9.30 pagi untuk menyelamatkan mangsa.

“Kanak-kanak dan lima guru perempuan itu terperangkap di tadika. Kanak-kanak itu duduk di atas meja untuk mengelak banjir sementara menunggu kami tiba.

“Kami segera memindahkan mereka ke kawasan selamat di restoran makanan berhampiran dan memastikan mereka semua selamat dan sihat sebelum menamatkan operasi pada jam 10.45 pagi,” katanya.

Beberapa lokasi di Johor dilanda banjir dan angin kencang berikutan hujan berjam-jam.

Di Johor Bahru, kawasan seperti Batu 10 di Skudai, Kampung Dato Sulaiman Menteri, Tabula Kemas di Skudai Kiri, Kampung Mohd Amin, Kampung Ubi, Kampung Tiram Duku, Kampung Peladang, Kampung Baru Muafakat, Kampung Pekajang dan Kanpung Paya Mengkuang dinaiki air berikutan hujan lebat beberapa jam pagi tadi.

Sementara itu, di Kulai, Ahli Exco Negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata lebih 100 titik panas banjir dikenal pasti di 16 kawasan, khususnya di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata kerajaan negeri dan MBJB sedang mengkaji untuk membina tembok banjir baharu yang dilengkapi sistem pam untuk mengalirkan air ke laut.

“Kalau kita lihat pagi tadi sahaja, hujan lebat tidak sampai dua jam pun, tetapi jalan di sepanjang Wisma Persekutuan sudah dinaiki air.

“Jadi, sebagai langkah sementara, kita (galak) mereka yang meletakkan kereta di sekitar kawasan itu supaya meletaknya di tempat tinggi pada hari hujan.

“Daripada 106 titik panas (dikenal pasti) di negeri ini, 36 adalah di kawasan MBJB,” katanya.

Banjir kilat hari ini berpunca daripada hujan lebat yang dipenuhi air pasang, menghalang air daripada mengalir ke laut, jelasnya.

“Salah satu penyelesaian jangka panjang ialah membina tembok banjir yang akan menghalang air laut daripada (naik dan mengalir ke) saluran air dan sistem pam untuk mengalirkan air hujan ke laut secara serentak.

“Penyelesaian jangka pendek adalah dengan membersihkan setiap longkang secara berkala dan memastikan ia tidak tersumbat oleh sampah sarap,” katanya sambil menambah bahawa ini adalah punca biasa banjir kilat.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022· Isu semasa
Pusat undi di Sepang tenggelam banjir, ditukar lokasi
November 18, 2022· Politik
Esok PRU-15, 8 negeri banjir mangsa cecah 4,410 orang
November 18, 2022· Isu semasa
Mangsa banjir di Perak meningkat setakat tengah malam tadi
November 18, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Malaysia berdaya saing jadi negara ekonomi digital
January 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
23 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok