Banjir Johor: Tidak perlu isytihar darurat kata PM

March 5, 2023 · Isu semasa

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tiada keperluan untuk pengisytiharan darurat di Johor susulan bencana banjir buruk yang sedang dihadapi negeri itu masih terkawal.

Beliau berkata taburan hujan juga dijangka semakin berkurangan dalam tempoh beberapa hari akan datang.

“Keputusan kerajaan tidak isytihar darurat kerana hujan dijangka berkurangan dan di beberapa tempat (banjir) sudah sedikit surut, walau beberapa tempat mengalami banjir termenung. Ini mengambil masa sedikit untuk surut.

“Namun tidak perlu darurat setakat ini kerana keadaan cuaca semakin baik dan banjir agak berkurangan. Itu yang dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi,” katanya lapor BH.

Beliau sempat melawat mangsa banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) termasuk di Sekolah Kebangsaan Gemereh dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kampung Tengah di Segamat, hari ini.

Keadaan banjir di Johor semakin buruk selepas mangsa yang terlibat meningkat kepada 44,860 orang daripada 13,029 keluarga yang ditempatkan di 260 PPS.

Berita berkaitan
Anwar menghadap Raja Kemboja semasa lawatan rasmi
March 27, 2023· Isu semasa
Zahid dapat pasport semula secara kekal, tidak dibantah pendakwa
March 27, 2023· Politik
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
March 26, 2023· Isu semasa
Komuniti perniagaan Arab Saudi dipelawa PMX melabur di Malaysia
March 24, 2023· Isu semasa
Popular
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
10 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
10 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
10 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
13 jam lalu · Isu semasa
27 penyelidik IPTA, IPTS terima geran penyelidikan MASA
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
9 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan campuran takut penyatuan orang Melayu tolak pemimpin Melayu gagal
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok