Banjir: Hampir 100 peratus ketua isi rumah terima BWI

January 13, 2022 · Isu semasa

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan hampir 100 peratus ketua isi rumah (KIR) yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) ketika banjir gelombang pertama sudah menerima bayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI).

Dalam kenyataan hari ini NADMA berkata bagi kejadian banjir melibatkan gelombang kedua pula, bayaran BWI telah diagihkan kepada 1,120 (19.3 peratus) KIR yang berpindah ke PPS, lapor Bernama.

“Sejumlah 96.9 peratus KIR yang berpindah ke PPS bagi banjir gelombang pertama menerima bayaran BWI manakala bagi KIR yang tidak berpindah ke PPS, 34,227 (45.9 peratus) telah menerima agihan BWI.

“Selain itu, bagi KIR yang tidak berpindah ke PPS membabitkan banjir gelombang kedua pula seramai 1,063 (23.7 peratus) telah menerima bayaran BWI,” menurut kenyataan itu.

Menurut NADMA, berhubung kerja-kerja pembersihan sisa banjir, 96.18 peratus kerja pembersihan selesai bagi fasa satu melibatkan enam negeri dan 99 peratus bagi fasa dua membabitkan dua negeri iaitu Negeri Sembilan dan Melaka.

Dalam pada itu, agensi itu memaklumkan setakat 12 tengah hari, tiga negeri dilaporkan masih terkesan dengan banjir melibatkan tiga daerah di Johor manakala Melaka dan Sarawak masing-masing satu daerah.

Kenyataan itu memaklumkan 766 orang daripada 216 KIR direkodkan sedang berlindung di 19 PPS, dengan Sarawak semalam dilaporkan mengaktifkan PPS pertama negeri iaitu di Dewan Kampung Jeriah, Sibu menempatkan 46 orang daripada lima keluarga.

Selain itu, kenyataan itu memberitahu Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia memaklumkan tiada pertambahan kejadian tanah runtuh direkodkan di Negeri Sembilan dan Sarawak, menjadikan jumlah keseluruhan kejadian tanah runtuh sepanjang monsun timur laut (MTL) 2021/2022 di seluruh negara kekal 271.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Dewan Rakyat: MP DAP harap pekebun durian di Raub diberi geran tanah
June 13, 2023
Banjir kilat di beberapa kawasan di Balik Pulau
July 1, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok