Banjir: Dua jalan di Segamat ditutup

January 1, 2022 · Isu semasa

Dua jalan raya di daerah Segamat ditutup kepada semua jenis kenderaan selepas ia dinaiki air susulan hujan berterusan sejak semalam, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohd Solihan Badri.

Beliau berkata jalan tersebut ialah Jalan Jabi di Kampung Bukit Tempurong melibatkan penutupan jalan sepanjang kira-kira satu kilometer susulan laluan tersebut dinaiki air setinggi 0.5 meter.

Turut ditutup ialah Jalan Bangas berdekatan Kampung Simpang Loy melibatkan laluan sepanjang 100 meter selepas air naik setinggi 0.6 meter, lapor Bernama.

“Kedua-dua jalan ini ditutup kepada semua jenis kenderaan. Bagi Jalan Jabi, tiada laluan alternatif manakala mereka yang biasa melalui Jalan Bangas sebelum ini, boleh menggunakan Jalan Kuala Paya Balai Badang.

“Pemantauan dari semasa ke semasa akan terus dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Daerah dan pihak konsesi Jalan Negeri,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mohd Solihan turut menasihati rakyat agar sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan patuh kepada arahan pihak berkuasa selain menjaga keselamatan masing-masing.

Setakat 12 tengah hari tadi, seramai 658 mangsa banjir daripada 192 keluarga di Segamat dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan sementara di daerah itu.

PPS yang dibuka ialah Balai Raya Kampung Sermin, Balai Raya Kampung Lembah Bakti, Dewan Serbaguna Pekan Air Panas, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ai Chun, Balai Raya Kampung Paya Lenga, Balai Raya Kampung Paya Lebar, Balai Raya Kampung Gelang Chinchin, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang dan Dewan Serbaguna Jalan Genuang.

“Kawasan terjejas melibatkan Kampung Sermin, Kampung Lembah Bakti, Kampung Pekan Air Panas, Kampung Paya Lenga, Kampung Paya Lebar, Kampung Gelang Chinchin, Kampung Tenang dan Kampung Sedeng

Berita berkaitan
Tiada unsur penyelewengan dalam projek Musang King di Kedah, kata SPRM
22 jam lalu· Isu semasa
Laporan penuh banjir Baling dibentang pada 4 Ogos
July 30, 2022· Isu semasa
Santhara mahu lepas jawatan Ketua Sayap, bukan keluar Bersatu: Wan Saiful
July 23, 2022· Politik
Tindakan keluar parti tak beri kesan besar, Hamzah bidas pentingkan diri
July 23, 2022· Politik
Popular
Serang ustaz, pelajar tahfiz: Dua lelaki ditahan, tiga masih diburu
August 12, 2022
Menteri agama gesa KDN ambil tindakan wanita pakai ihram lelaki
August 12, 2022
Skandal LCS: “Duit BNS sudah habis, esok pun company boleh lingkup”
August 13, 2022
Jho Low, bapa abai perintah beku aset: 1MDB dibenar bertindak
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
2 jam lalu · Isu semasa
Jho Low, bapa abai perintah beku aset: 1MDB dibenar bertindak
4 jam lalu · Isu semasa
Kementerian ambil tindakan segera insiden pelanggaran data iPay88
5 jam lalu · Isu semasa
Skandal LCS: “Duit BNS sudah habis, esok pun company boleh lingkup”
5 jam lalu · Isu semasa
Jumlah pesakit sembuh semalam mengatasi jangkitan baharu Covid
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok