Banjir di Johor makin teruk, 4,368 penduduk dipindah ke 44 PPS

January 25, 2023 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir di Johor sehingga jam 4 petang tadi mencecah 4,368 orang daripada 1,218 keluarga, berbanding 3,967 mangsa daripada 1,104 keluarga pada tengah hari tadi (Rabu, 25 Januari 2023).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata terdapat 44 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi di enam daerah terjejas iaitu Segamat, Mersing, Kota Tinggi, Kluang, Batu Pahat dan Muar.

“Semua daerah terjejas menunjukkan trend meningkat, dengan jumlah mangsa tertinggi di Segamat iaitu 1,522 orang.

“Ia diikuti Kluang (1,222), Mersing (708), Kota Tinggi (591), Batu Pahat (119), dan Muar (206),” kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.

Pusat pemindahan paling ramai ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang, Labis, Segamat dengan 477 orang dan SMK Seri Perdana, Kluang (401 orang).

“Pada masa sama, kita juga telah menutup dua pusat pemindahan di Segamat iaitu Dewan Serbaguna Chaah dan SK Sri Bali Chaah,” tambah kenyataan itu.

Empat stesen pemantauan sungai juga telah merekodkan bacaan air melebihi paras bahaya, dengan tiga di Segamat dan satu di Kluang.

Sungai terbabit ialah Sungai Gemas dengan bacaan 19.2m, Sungai Segamat (9.22m), Sungai Segamat Kecil (37.34m), dan Sungai Kahang (16.12m).

Sungai yang mencatat paras amaran pula ialah Sungai Muar di Segamat (19.88m); Sungai Sarang Buaya di Muar (3.1m); Sungai Pontian Besar (10.68m); dan Sungai Skudai (17.6m) di Kulai.

Paras amaran turut direkodkan di Sungai Endau di Mersing (1.98m), Sungai Sembrong di Batu Pahat (11.02m) dan Sungai Tebrau di Johor Baru (2.08m).

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran mengenai hujan berterusan di Mersing, Kota Tinggi, Segamat, Kluang, Kulai, Johor Baru, Tangkak, Muar, Batu Pahat, dan Pontian.

Terdapat juga tiga penutupan jalan di Mersing iaitu Jalan Jemaluang-Batu Pahat, Jalan Nitar Timur-Pengkalan Batu, dan Jalan Tanah Abang.

Berita berkaitan
Mangsa banjir di Sabah kekal, Johor menurun
February 6, 2023· Isu semasa
Pulau Pinang dilanda banjir
February 4, 2023· Isu semasa
Banjir landa Kedah selepas Johor dan Sabah
February 3, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir meningkat di Sabah, Johor kekal
February 3, 2023· Isu semasa
Popular
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
February 8, 2023
Timbalan Speaker Pahang akui telah disaman dalam gambar tular
February 7, 2023
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
SPRM siasat UiTM Holdings setelah alami kerugian RM157 juta
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jho Low beritahu RM5j dari akaun Najib pindah kepada UMNO: Saksi
8 minit lalu · Isu semasa
Jangan tunduk dengan pekebun haram Musang King disokong DAP: Pemuda PAS Pahang
1 jam lalu · Isu semasa
SPRM siasat UiTM Holdings setelah alami kerugian RM157 juta
4 jam lalu · Isu semasa
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
8 jam lalu · Isu semasa
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
7 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok