Banjir: 400 pencawang TNB di Selangor belum boleh beroperasi

December 21, 2021 · Isu semasa

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan sebanyak 400 pencayang elektriknya di Selangor masih belum dapat berfungsi sejak kejadian banjir di beberapa daerah di negeri itu.

TNB memberitahu daripada kira-kira 1,000 pencawang elektrik di seluruh Selangor, 400 masih belum dapat dihidupkan kembali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Izham Hashim.

Perkara itu dimaklumkan kepadanya menerusi pertemuan dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB), semalam.

“Masalah utama adalah bekalan elektrik, daripada kira-kira 1,000 pencawang elektrik di seluruh Selangor, 400 masih belum dapat dihidupkan balik.

“Jumlah itu sangat banyak, ia memberikan kesan terputus bekalan elektrik kepada kawasan perumahan, kilang, pam air sejak beberapa hari lalu.

“Ramai buat aduan sebab semua operasi guna bekalan elektrik termasuk bekalan air, loji banyak tutup sebab bekalan elektrik terganggu, begitu juga talian komunikasi,” katanya hari ini

Izham berkata, satu mesyuarat akan diadakan esok bagi memperincikan perkara itu dengan pihak berkaitan.

Sementara itu, TNB berkata usaha usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

Setakat jam 5 petang, bekalan elektrik masih belum dapat diberikan di beberapa kawasan di Selangor yang terjejas ekoran penutupan bekalan elektrik oleh TNB demi keselamatan pengguna setempat.

“Jika banjir sudah surut di kawasan anda tetapi masih belum menerima bekalan elektrik, besar kemungkinan pencawang elektrik yang menyalurkan bekalan elektrik ke premis anda masih belum benar-benar selamat untuk diaktifkan,” kata TNB dalam satu kenyataan.

Berita berkaitan
Tiada unsur penyelewengan dalam projek Musang King di Kedah, kata SPRM
23 jam lalu· Isu semasa
Laporan penuh banjir Baling dibentang pada 4 Ogos
July 30, 2022· Isu semasa
Pengguna terkesan gangguan elektrik boleh dapat rebat: Takiyuddin
July 30, 2022· Isu semasa
TNB sahkan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan, sedang pulihkan
July 27, 2022· Isu semasa
Popular
Serang ustaz, pelajar tahfiz: Dua lelaki ditahan, tiga masih diburu
August 12, 2022
Skandal LCS: “Duit BNS sudah habis, esok pun company boleh lingkup”
August 13, 2022
Jho Low, bapa abai perintah beku aset: 1MDB dibenar bertindak
August 13, 2022
Menteri agama gesa KDN ambil tindakan wanita pakai ihram lelaki
August 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mufti Pulau Pinang bidas wanita pakai ihram ketika umrah tak berakal
3 minit lalu · Isu semasa
Kerajaan cadang bina litar perlumbaan drag seluruh negeri: PM
10 minit lalu · Isu semasa
RUU Sumbangan Politik dibentang pada Oktober: Wan Junaidi
14 minit lalu · Isu semasa
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
3 jam lalu · Isu semasa
Jho Low, bapa abai perintah beku aset: 1MDB dibenar bertindak
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok