Bangunan tertinggi dunia di Dubai bercahaya dengan Jalur Gemilang

September 1, 2022 · Isu semasa

Ketika Malaysia menyambut Hari Kebangsaan Ke-65 semalam, bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa yang terletak di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, bercahaya dalam warna Malaysia untuk turut meraikan dan memperingati hari kemerdekaan negara.

Warna warni Jalur Gemilang menutupi seluruh ruang Burj Khalifa dan boleh disaksikan menerusi klip video 49 saat yang dikongsi di laman Facebook bangunan pencakar langit itu.

“Malam ini, kami menyalakan #BurjKhalifa dalam sambutan Hari Kebangsaan Malaysia, mendoakan pertumbuhan dan kestabilan yang lebih tinggi,” kata pentadbir Facebook itu.

“#BurjKhalifa menyambut Hari Kebangsaan Malaysia dan mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat Malaysia.”

Sehingga jam 3.30 petang ini, kiriman itu dilihat lebih 57,000 penonton, 426 komen, 5,000 tanda suka dan lebih 1,000 kali dikongsi di Facebook.

Selain rakyat Malaysia, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut memberi komen “Thank you Dubai!”.

Klip video yang sama turut dikongsi di laman sosial rasmi Istana Negara termasuk laman TikTok, Facebook dan Instagram.

Ia juga menyatakan dalam catatan itu bahawa lagu Negaraku turut dimainkan di latar belakang semasa pertunjukan tayangan cahaya.

Di TikTok Istana Negara, klip 15 saat itu telah ditonton lebih 200,000 kali dengan lebih 700 komen daripada rakyat Malaysia.

Berita berkaitan
Semangat sambut Hari Kebangsaan itu baik tetapi cara tidak betul
September 9, 2022· Isu semasa
RM700,000 kerosakan landskap semasa sambutan Hari Kebangsaan: DBKL
September 3, 2022· Isu semasa
Faizal mohon maaf, batalkan percutian di luar negara
December 27, 2021· Isu semasa
Gol penalti Safawi bawa Malaysia ke pusingan akhir Piala Asia
June 16, 2021· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
1 jam lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
4 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
4 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
4 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok