‘Bang Cik’ ditahan terlibat 23 kes pecah tabung surau, masjid di Melaka

April 7, 2022 · Isu semasa

Seorang lelaki dikenali sebagai ‘Bang Chik’ ditahan dipercayai terlibat dalam 23 kes jenayah pecah tabung surau dan masjid di sekitar Melaka sejak Januari lepas melibatkan kerugian RM5,650.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata suspek berusia 33 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Pantai Puteri di sini dalam Op Tabung kira-kira 12.15 pagi pada 1 April lepas, lapor Bernama.

Beliau berkata hasil soal siasat yang dijalankan, suspek mengaku melakukan jenayah pecah tabung masjid dan surau di negeri berkenaan melibatkan 16 kes di Melaka Tengah, Alor Gajah (enam kes) dan Jasin (satu kes).

“Beliau melakukan jenayah berkenaan seorang diri antara pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi dan turut mengaku terlibat dalam jenayah pecah tabung di beberapa masjid dan surau di Negeri Sembilan.

“Modus operandi kes ini ialah suspek masuk ke dalam masjid atau surau yang kebanyakannya tidak berkunci sebelum bertindak memecahkan mangga tabung yang diikat pada tiang di premis berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di Melaka hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan juga mendapati suspek yang tidak bekerja itu menggunakan duit hasil jenayah untuk perbelanjaan harian, membaiki motosikal dan membeli dadah.

Katanya suspek yang ditahan reman sehingga hari ini, turut mempunyai 19 rekod lampau terdiri dari 13 rekod jenayah dan enam rekod dadah.

Zainol berkata kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum sehingga 10 tahun penjara dan denda.

Dalam pada itu, beliau berkata jenayah pecah tabung masjid dan surau meningkat sebanyak 24 kes kepada 41 kes dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini berbanding 17 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

“Peningkatan kes berkenaan menunjukkan trend yang membimbangkan bagi jenayah pecah tabung masjid dan surau di Melaka.

“Justeru ‘task force’ Op Tabung telah ditubuhkan bagi mengesan suspek terlibat sekali gus membanteras jenayah berkenaan daripada terus meningkat,” katanya.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok