BAM kutuk komen perkauman warganet terhadap Kisona

October 3, 2021 · Isu semasa

Komen berbaur perkauman yang dilemparkan terhadap pemain perseorangan wanita negara, S Kisona dikutuk keras Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak wajar sama sekali dilakukan.

Badan induk sukan badminton negara itu tidak akan bertolak-ansur terhadap sebarang tindakan berbentuk perkauman atau diskriminasi selain akan sentiasa menyokong barisan pemain negara.

Hari ini tular di media sosial seorang pemilik akaun yang memuat naik status bergambar dengan kata-kata berunsur perkauman terhadap Kisona.

Komen biadab tersebut dibuat susulan kekalahannya di tangan pemain Jepun, Akane Yamaguchi 7-21, 5-21 dalam aksi separuh akhir Piala Sudirman di Finland awal pagi tadi.

“Komen seperti ini adalah sesuatu yang tidak wajar dan kami menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk mengutuk tindakan tidak masuk akal ini.

“BAM akan terus berjuang untuk menghapuskan unsur perkauman dalam sukan terutama sukan badminton. Kami terus menyokong semua inisiatif yang mendukung pembangunan bangsa yang progresif dan inklusif,” kata BAM dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut membidas pihak tidak bertanggungjawab yang mengeluarkan kenyataan tersebut.

Ahmad Faizal juga menyifatkan tindakan individu tersebut sebagai biadab.

“Keluarga Malaysia ini umpama setandan pisang, ada yang elok, ada yang buruk dan ada juga yang tak tahu guna bahasa yang baik dalam berkata-kata tentang sesuatu perkara.

“Kita ini terdiri daripada Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan sebagainya. Jangan hina bangsa, kulit dan agama lebih-lebih lagi mereka yang berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia,” katanya.

Berita berkaitan
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023· Dunia
Kenyataan rasis: BAM, persatuan ‘haramkan’ bekas pemain pelatih
February 13, 2023· Isu semasa
Menteri bidas tindakan bekas pemain badminton negara keluar kata-kata perkauman
February 13, 2023· Isu semasa
Aaron-Wooi Yik cipta sejarah juarai Kejohanan Badminton Dunia
August 28, 2022· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok