Baling, Yan banjir pula

November 4, 2022 · Isu semasa

Hujan lebat berterusan sejak petang tadi menyebabkan Kampung Iboi, di Baling, sekali lagi mengalami banjir yang menyaksikan air Sungai Kupang melimpah hingga mencecah lantai Jambatan Bailey.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 6 petang berhubung insiden banjir di kampung itu.

Susulan itu, beliau berkata, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan jumlah mangsa banjir masih dalam bancian.

“Hujan lebat di sekitar daerah Baling menyebabkan air sungai melimpah ke tebing di Kampung Iboi dan Padang Empang.

“Hasil pemantauan APM di kampung itu mendapati air semakin naik, justeru penduduk diarahkan berpindah atas faktor keselamatan,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu Penghulu Mukim Kupang, Badrul Hisham Che Li, berkata penduduk dipindahkan ke PPS Surau Ittifaqiah di Kampung Iboi, malam ini.

Di daerah Yan, hujan berterusan selama lebih dua jam menyebabkan banjir kilat di beberapa kampung di daerah ini petang tadi.

Pegawai APM Daerah Lt (PA) Muhammad Zul Izzi Zulkifly berkata antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Titi Teras, Kampung Teroi Bukit dan Kampung Sungai Malai.

“Banjir berlaku selepas hujan lebat lebih dua jam yang menyebabkan sungai melimpah,” katanya.

Beliau berkata, keadaan masih dipantau dan berada pada “tahap waspada” setakat 4.30 petang Jumaat.

Sementara itu, paras air di Sungai Gurun di Kampung Perupok, Yan, pula melebihi paras bahaya apabila mencatat bacaan 4.26 meter (m), berbanding 1.20m normal.

Sehingga jam 9 malam ini, Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan paras air di Sungai Titi Kerbau di Kubur Panjang, Pendang pula mencatat bacaan melebihi amran iaitu 6.06m berbanding 3.50m paras normal.

Tujuh lagi sungai mencatat bacaan paras waspada membabitkan:

  • Sungai Perik di Kampung Perik Padang Terap (11.05m/9.80m);
  • Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar (1.60m/1.30m);
  • Sungai Pendang di Pekan Pendang (2.29m/1.80m);
  • Sungai Muda di Intake Empangan Beris, Sik (84.14m/75.00m);
  • Sungai Ketil di Kuala Pegang, Baling (36.38m/35.00m);
  • Sungai Sedim di Kampung Sedim, Baling (35.02m/33.50m); dan
  • Sungai Muda di Jambatan Jeniang, Kuala Muda (24.04m/20.00m).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Doakan PM dari Perikatan Nasional angkat sumpah hari ini: Sanusi
November 21, 2022· Politik
Pusat undi di Sepang tenggelam banjir, ditukar lokasi
November 18, 2022· Politik
Esok PRU-15, 8 negeri banjir mangsa cecah 4,410 orang
November 18, 2022· Isu semasa
Mangsa banjir di Perak meningkat setakat tengah malam tadi
November 18, 2022· Isu semasa
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022
3,024 kes baharu, lapan kematian
November 26, 2022
Kerajaan laksana PKP di 6 daerah Selangor bermula 6 Mei
May 4, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
57 minit lalu · Isu semasa
3,024 kes baharu, lapan kematian
13 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
24 jam lalu · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
21 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok