Baling banjir lagi, lima hari selepas PM lawat mangsa 4 Julai

September 6, 2022 · Isu semasa

Dua kawasan di Baling dilanda banjir kilat susulan hujan lebat yang berterusan sejak jam 5 petang tadi, lima hari setelah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan lawatan ke daerah itu.

Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shamsudin Mamat berkata kawasan terbabit adalah Taman Bayu Sejahtera dan kawasan jajaran Kampung Iboi sehingga ke Kampung Hangus.

“Air di kawasan Taman Bayu Sejahtera telah surut pada jam 8 malam tadi namun di kawasan Kampung Iboi dan sekitarnya, sehingga pukul 9 malam, air masih mengalir deras dan dikhuatiri akan melanda beberapa kawasan di pekan Kupang.

“Tiada laporan diterima mengenai kehilangan ahli keluarga dan hujan juga telah berhenti kira-kira pukul 6 petang tadi, bagaimanapun jambatan Bailey telah dinaiki air dan berlaku kerosakan struktur pada jambatan itu yang kini ditutup untuk semua kenderaan dan pejalan kaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsudin berkata, setakat ini sebanyak 120 mangsa di Kampung Padang Empang telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kampung Padang Empang.

“Penduduk di dua buah kampung iaitu Kampung Bendang Bechah dan Kampung Hangus turut dinasihatkan untuk berpindah selepas kawasan tersebut dinaiki air.

“Kita telah menempatkan anggota di lokasi kejadian, bersama-sama agensi lain di bawah Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) untuk membuat pemantauan,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kampung Iboi Abu Hassan Samah berkata hujan lebat sejak 5 petang tadi yang berterusan kira-kira dua jam menyebabkan paras air Sungai Kupang naik.

“Banjir kilat kali ini seakan-akan sama seperti kejadian yang pertama kali berlaku di sini, cuma kesannya tidak sebesar itu. Ada penduduk yang sudah berpindah dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Dewan Kampung Padang Empang,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata setakat 9 malam, hujan di kampung itu sudah berhenti.

Pada 1 September lalu, Perdana Menteri melawat Kampung Iboi yang merupakan kawasan yang paling teruk terjejas susulan kejadian banjir dan kepala air yang berlaku di Kupang pada 4 Julai lalu.

Turut mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Berita berkaitan
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
9 jam lalu· Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
24 jam lalu· Isu semasa
Kertas siasatan Dr Mahathir dirujuk ke Peguam Negara Selasa ini
June 3, 2023· Politik
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023· Politik
Popular
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
3 jam lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
7 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
9 jam lalu · Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023 · Isu semasa
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok