Baling bah: Wanita hamil, ibu mentua lemas berpelukan

July 5, 2022 · Isu semasa

Pasukan pencari dan penyelamat menemukan mayat wanita hamil dan ibu mentuanya dalam keadaan berpelukan setelah rumah mereka di Kampung Iboi, Baling dihanyutkan kepala air, semalam (4 Julai 2022).

Mayat Nurul Anis Abu Hassan, 28, yang hamil empat bulan ditemukan bersama Salmah Mat Akib, 53, kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka di bawah timbunan pokok, kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Sayani Saidon, berkata kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan.

Beliau berkata, pihaknya juga percaya bongkah kayu yang dihanyutkan arus deras menghempap rumah mangsa.

“Mangsa dipercayai hanyut sebelum tersangkut pada kayu dan batu menyebabkan terperangkap di bawah timbunan kayu.

“Pasukan penyelamat ternampak kaki mangsa dan berjaya mengeluarkan mangsa pertama, diikuti mayat kedua,” katanya menurut BH.

Sayani berkata, tumpuan bomba seterusnya melakukan pencarian remaja lelaki berusia 14 tahun, Khairul Ikhwan Nor Azman yang masih hilang.

Katanya, operasi masih dilakukan di kawasan pencarian dan akan diperluaskan sekiranya masih belum ditemui.

“Pihak bomba turut menggunakan anjing pengesan JBPM untuk melakukan operasi pencarian hari ini,” katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan seramai 334 mangsa banjir dari sembilan kampung di Baling dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 2 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shamsudin Mamat berkata setakat ini, sebanyak 85 rumah dilaporkan terjejas susulan bencana yang berlaku kira-kira jam 4 petang semalam itu.

“Selain itu, seramai 1,008 pelajar di Sekolah Menengah Agama Yayasan Al-Khairiah yang turut terkesan dalam bencana itu berada di sekolah tersebut ketika kejadian dan berada dalam keadaan baik.

“Keadaan air di sekolah itu juga telah surut cuma keadaan kawasan sekitar sekolah yang masih berlumpur,” katanya.

Beliau berkata operasi pemindahan penduduk yang terjejas berjalan lancar dengan penglibatan pelbagai agensi selain penduduk kampung yang turut membantu.

Berita berkaitan
Sabah catat peningkatan mangsa banjir, Johor turun
5 jam lalu· Isu semasa
Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah, Pahang, Johor hingga lusa
January 30, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Johor meningkat, Sabah menurun dan Pahang kekal
January 29, 2023· Isu semasa
Tak perlu darurat kerana banjir libatkan beberapa negeri sahaja: Zahid
January 28, 2023· Isu semasa
Popular
Perlis juga mahu tutup premis judi
February 1, 2023
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
February 1, 2023
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
February 1, 2023
Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah
February 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah
5 jam lalu · Isu semasa
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
8 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
9 jam lalu · Isu semasa
Perlis juga mahu tutup premis judi
9 jam lalu · Isu semasa
251 kes semalam, tiada kematian
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
4 jam lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok