Baki Belanjawan 2021 RM200 bilion akan disalur untuk manfaat rakyat

June 1, 2021 · Isu semasa

Peruntukan Belanjawan 2021 yang masih berbaki RM200 bilion akan terus disalurkan untuk manfaat rakyat sepanjang tahun ini disamping program rangsangan ekonomi diperkenalkan kerajaan bagi membantu pemulihan ekonomi negara dalam berdepan cabaran pandemik Covid-19.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata baki tersebut adalah daripada peruntukan yang diluluskan Parlimen sebanyak RM322.5 bilion di bawah Belanjawan 2021 dan setakat akhir April 2021, sebanyak RM117 bilion telah dibelanjakan.

Antara program yang masih berjalan untuk manfaat rakyat dibawah Belanjawan 2021 adalah bantuan kebajikan yang peruntukannya dinaikkan daripada RM1.5 billion pada 2020 kepada RM2.2 billion pada 2021.

“Ia melibatkan kenaikan kadar bantuan kebajikan kepada golongan rentan seperti warga emas terlantar, keluarga miskin dan orang kurang upaya (OKU),” katanya lapor Bernama pada satu sidang media hari ini.

Selain itu, Zafrul berkata Jalinan Digital Negara (JENDELA) juga sedang dilaksanakan dengan peruntukan RM500 juta yang antara lainnya melibatkan sambungan fiber untuk sekolah.

“Program lain yang dibiayai perbelanjaan pembangunan (DE) Belanjawan 2021 termasuklah Dana Kredit Mikro sebanyak hampir RM1 billion dan penyelenggaraan sekolah,” katanya.

Selain itu, katanya, tanpa mengira PEMERKASA Tambahan masih banyak program yang sedang dan akan berjalan mengikut perancangan melibatkan peruntukan lebih RM100 bilion untuk dibelanjakan sehingga akhir tahun ini.

Antaranya termasuklah program eBelia yang dilancarkan hari ini yang dijangka memanfaatkan 2 juta belia dan pelajar institut pengajian tinggi; Program Jaringan Prihatin yang dijangka memanfaatkan 8.4 juta penerima; dan subsidi upah dan insentif pengambilan pekerja yang bakal memanfaatkan 2.7 juta pekerja.

Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej rangsangan PEMERKASA Tambahan bernilai RM40 bilion dengan sejumlah 12 inisiatif untuk membantu meredakan cabaran yang dihadapi rakyat.

Tengku Zafrul berkata sejak Mac 2020 hingga Mac 2021, kerajaan telah mengumumkan enam pakej rangsangan ekonomi bernilai RM340 bilion, dengan suntikan fiskal sebanyak RM65 bilion atau hampir 4.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam menangani cabaran kesihatan dan ekonomi yang dihadapi ketika ini.

Menurutnya, keberkesanan dasar yang proaktif ini sudah mula menunjukkan hasil dengan pemulihan ekonomi yang positif apabila negara mencatatkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak enam peratus pada bulan Mac tahun ini.

Melalui pemantauan LAKSANA, pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan sepanjang 2020 telah memanfaatkan lebih daripada 20 juta rakyat dan 2.4 juta perniagaan.

“Setakat ini, hampir 60 peratus daripada inisiatif telah pun disalurkan. Daripada jumlah ini, sebahagian besar inisiatif ini termasuklah bantuan segera dan tunai seperti seperti Bantuan Prihatin Nasional, Geran Khas Prihatin, Subsidi Upah dan pelbagai langkah yang lain untuk melindungi rakyat dan memastikan kelangsungan perniagaan,” katanya.

Dari segi nilai, setakat 21 Mei, 2021, hampir RM200 bilion telah disalurkan sepanjang pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
22 jam lalu· Isu semasa
Politik wang diamalkan ketika ini oleh kerajaan Anwar, bidas Wan Saiful
November 9, 2023· Politik
Sanusi buat perbandingan tindakan sekat peruntukan MP dengan keadaan di Palestin
November 9, 2023· Politik
Beri peruntukan kepada pembangkang tanpa syarat, BERSIH bidas kerajaan
November 9, 2023· Politik
Popular
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Prof Agus dahulu tolak tawaran Anwar kini dilantik Pengarah J-KOM baharu
February 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
3 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
3 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
3 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
3 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok