Baki 4 peratus sebelum rentas negeri dibenarkan: KJ

October 2, 2021 · Isu semasa

Aktiviti rentas negeri dijangka akan dibenarkan semula tidak lama lagi, selepas kadar vaksinasi kepada populasi dewasa negara kini semakin menghampiri 90 peratus.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam ciapan di Twitter rasminya hari ini menyatakan sehingga semalam, kadar populasi dewasa yang telah lengkap divaksinasi kini mencapai 86 peratus.

“Dengan lebih banyak pergerakan, akan berlakunya lebih banyak perhimpunan. Kita perlu mengambil tanggung jawab terhadap tindakan kita. Jika anda menunjukkan simptom, dapatkan kit ujian dan uji diri. Jika positif, asingkan diri secepatnya,” katanya lapor Bernama.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pergerakan rentas negeri akan dibenarkan apabila 90 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima vaksinasi lengkap, berdasarkan kepada data dan analisis Kementerian Kesihatan (KKM).

Mengikut portal KKM COVIDNOW hari ini, sejumlah 20,317,843 individu atau 86.8 peratus populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin Covid mereka semalam.

Ini bermakna hanya tinggal kira-kira 3.2 peratus lagi untuk mencapai kadar 90 peratus vaksinasi populasi dewasa.

Berita berkaitan
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
17 jam lalu· Dunia
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
Bentang kertas putih skandal kapal tempur tak siap, duit rakyat lesap
August 9, 2022
PN gesa tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja siasat skandal kapal tempur
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
9 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
10 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
10 jam lalu · Isu semasa
Polis rampas dadah RM1.3 juta di KL, tahan enam individu
10 jam lalu · Isu semasa
Dewan Negara sebulat suara lulus RUU antilompat parti
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok