Baki 23 jemaah umrah terkandas pulang secara berperingkat

November 8, 2022 · Isu semasa

Baki 23 daripada 63 jemaah umrah warga Malaysia yang terkandas di Arab Saudi akan dibawa pulang secara berperingkat bergantung kepada sumber dana yang diperoleh dalam urusan pembelian tiket.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata semalam, empat lagi jemaah selamat pulang ke tanah air selepas 36 jemaah dari kumpulan pertama tiba di negara ini pada 4 Oktober lalu.

Katanya, Kementerian Luar tidak terlibat dengan bantuan dana kerana ia lebih kepada usaha yang dilaksanakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Pada Oktober lalu, Wisma Putra dalam kenyataannya memaklumkan seramai 63 jemaah umrah itu terdiri daripada 28 dewasa dan 35 kanak-kanak terkandas di Arab Saudi sejak Jun lalu.

Kesemua jemaah sudah dibawa ke Madinah oleh kumpulan tarekat Naqsyabandiyah Al-Kholidiah untuk mengerjakan umrah pada Mac lalu.

Bagaimanapun mereka hanya berada di Madinah dan tidak pernah dibawa ke Makkah untuk menyempurnakan ibadah umrah susulan pelanggaran undang-undang tempatan, ketua kumpulan tarekat berkenaan diusir keluar oleh kerajaan Arab Saudi, 20 Ogos lalu.

 

Berita berkaitan
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
Tular kenyataan palsu, PAS kata lawan ketandusan idea
August 1, 2023· Politik
Agong zahir penghargaan Malaysia semasa bertemu Putera Arab Saudi
July 2, 2023· Isu semasa
PRN: PN Pahang turun kempen di Selangor, Kelantan dan Terengganu
June 16, 2023· Politik
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok