Bakal penghuni rumah PPR perlu hadiri kursus kesedaran sivik, kata KPKT

March 5, 2023 · Isu semasa

Bermula tahun ini, individu bakal memiliki rumah berstrata di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) perlu menghadiri kursus kesedaran sivik bagi memberi kesedaran, pemahaman dan tanggungjawab mengenai hidup berkomuniti dan adab kejiranan.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, kursus berkenaan akan meliputi taklimat mengenai pentingnya membayar yuran penyelenggaraan, menjaga kebersihan dan mengelakkan vandalisme, menurut laporan Bernama.

“Kesedaran sivik yang tinggi akan menjadikan komuniti tersebut lebih mesra alam dan mesra komuniti.

“Sebab itu mereka perlu hadir kursus kesedaran sivik kerana semua pihak perlu faham apabila kita menikmati kemudahan (disediakan di perumahan) ada juga tanggungjawabnya oleh penghuni. Oleh itu, sebelum ambil kunci rumah kena hadir kursus,” katanya dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.

PPR adalah program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah yang dilaksana Jabatan Perumahan Negara.

Ia terdiri daripada dua kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki, yang kedua-duanya menggunakan spesifikasi perancangan dan reka bentuk perumahan kos rendah ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).

Bagaimanapun, terdapat banyak isu dikaitkan dengan mereka yang tinggal di kawasan PPR seperti vandalisme, kebersihan, membuang sampah dari tingkat atas dan adab kejiranan sehingga turut dilaporkan dalam media tempatan.

Beliau berkata pihaknya menyarankan semua PPR sedang dirancang turut merangkumi unsur-unsur komersial seperti memiliki kedai serbaneka dan kemudahan perbankan, selain utiliti asas seperti internet, elektrik dan air bagi menambah daya tarikan terhadap PPR berkenaan.

“Kita akan masukkan ciri-ciri baharu pada projek perumahan ini supaya lebih berdaya huni, mesra alam, mesra penghuni dan masukkan elemen komersial serta landskap lebih selesa kepada penghuni,” katanya.

Nga berkata, menerusi Belanjawan 2023, sebanyak RM367 juta diperuntukkan bagi pembangunan PPR baharu yang bakal memanfaatkan 12,400 penghuni manakala RM358 juta bagi pembinaan 4,250 unit Rumah Mesra Rakyat di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Sementara itu, beliau berkata menerusi belanjawan itu juga, kira-kira 100,000 penghuni di 56 PPR bakal menikmati internet percuma selama sembilan bulan.

“Tahun ini juga kita berjaya dapat peruntukan khas RM50 juta untuk tukar lif rosak dan usang di PPR.

“Saya sasar tukar 100 lif setahun, sepenggal (pemerintahan) boleh tukar 500 lif,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Tak perlu ambil tindakan terhadap guru dalam program Palestin tular: PAS
November 1, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok