Bakal jemaah haji akan diberi dos Pfizer, AstraZeneca: Khairy

May 31, 2021 · Isu semasa

Bakal jemaah haji yang belum menerima suntikan vaksin Sinovac akan diberi dos Pfizer atau AstraZenica sebagaimana dikehendaki Kerajaan Arab Saudi bagi mana-mana individu yang mahu masuk ke negara itu.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata beliau juga sudah meminta nasihat pakar sama ada boleh atau tidak individu yang menerima dos pertama Sinovac menerima suntikan Pfizer bagi dos kedua.

“Kalau untuk jemaah haji yang belum menerima vaksin… untuk Tabung Haji kita akan beri Pfizer. Kita akan berbincang dengan Arab Saudi untuk memberi kelonggaran kepada penerima Sinovac.

“Saya juga telah minta nasihat daripada jawatankuasa pakar kita sekiranya seseorang disuntik dengan Sinovac boleh disuntik lagi dengan Pfizer, itu pun belum terima jawapan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga akan berbincang dengan Riyadh untuk membenarkan rakyat Malaysia yang menerima vaksin Sinovac untuk mengerjakan haji dan umrah.

Sesetengah negara katanya hanya meluluskan vaksin tertentu seperti China hanya menerima Sinovac, negara-negara di bawah Kesatuan Eropah pula hanya menerima Pfizer, sementara Arab Saudi menerima Pfizer dan AstraZeneca.

“Bagaimana kita hendak melakukannya jika hendak mengembara nanti? Apakah kita harus menyuntikkan semuanya vaksin itu? Adakah itu selamat?,” soal beliau.

Mengenai Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Khairy berkata kerajaan menyasarkan untuk menjadikan 1,000 klinik dan hospital swasta sebagai sebelum akhir bulan depan.

Katanya, langkah itu akan membolehkan kerajaan mencapai sasaran pemberian kira-kira 40,000 dos sehari, tertakluk kepada bekalan vaksin.

“Ini sasaran kita untuk klinik (dan hospital) swasta, tertakluk kepada bekalan vaksin. Sebelum ini klinik dan hospital swasta tidak perlu terlibat dengan PICK sebab bekalan vaksin tidak banyak.

“Sehingga kini 1,800 klinik swasta daripada 2,500 hospital swasta telah menjalani latihan bersama ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) sebelum membuka PPV masing-masing,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok