Bakal haji perlu jawab tawaran dalam tempoh tujuh hari

April 25, 2022 · Isu semasa

Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan 14,306 bakal jemaah haji tahun ini supaya memberi maklum balas terhadap surat tawaran tunai haji dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh surat berkenaan dikeluarkan.

Pengarah Eksekutif Haji TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata disebabkan kesuntukan masa, TH memohon kerjasama bakal jemaah haji untuk menjawab sama ada setuju atau tidak bersetuju dengan tawaran itu, dalam tempoh berkenaan.

Beliau berkata TH telah mengeluarkan surat tawaran, bermula hari ini, lapor Bernama.

“Bakal jemaah haji boleh melayari www.thijari.com.my dan memuat naik aplikasi ThiJARI bagi menyemak serta menjawab tawaran haji yang telah dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syed Saleh berkata semua bakal jemaah haji juga diwajibkan lulus pemeriksaan kesihatan bagi memperoleh visa haji sebagaimana ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

“Bakal jemaah haji terpilih perlu mendapatkan buku rekod rawatan di mana-mana cawangan TH berhampiran bagi membolehkan pemeriksaan kesihatan dilakukan serta mendapat suntikan meningococcal quadrivalent vaccine ACYW-135 yang boleh dilakukan di hospital kerajaan ataupun di klinik yang diiktiraf Kementerian Kesihatan (KKM).

“Bakal jemaah haji juga perlu melengkapkan dos penggalak vaksin COVID-19,” katanya dan menambah bakal jemaah haji juga digalakkan mengambil suntikan imunisasi pilihan iaitu influenza dan pneumokokal seperti disyorkan KKM.

Menurutnya setelah selesai pemeriksaan kesihatan, bakal jemaah haji diminta menghantar jawapan surat tawaran haji, buku rekod rawatan dan pasport antarabangsa ke mana-mana pejabat cawangan TH berhampiran.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) dengan menelefon 03-62071919.

Berita berkaitan
Sertai kerajaan? Hadi kata macam mana nak ikut ada bekas banduan dan kluster mahkamah
October 20, 2023· Politik
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023· Isu semasa
Lapan tonggak utama dalam manifesto PN Negeri Sembilan
August 5, 2023· Politik
Tawaran PN Selangor: Bantuan Prihatin RM400, Skim Peduli Sihat dapat ringankan beban
August 5, 2023· Politik
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Cagar caruman KWSP untuk pinjaman bank mulai 7 April
April 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok