Bajet tahun depan tak lulus, tapi bantuan RMT tetap diberi: Radzi

October 13, 2022 · Isu semasa

Pemberian bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang telah dinaikkan kepada RM3.50 dan RM4 mulai bulan ini tidak akan terjejas walaupun Bajet 2023 belum diluluskan Dewan Rakyat, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Katanya pemberian itu tidak menggunakan peruntukan tahun hadapan, sebaliknya, ia menggunakan dana sedia ada untuk tahun ini.

Bagaimanapun, katanya Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan bagi meneliti kaedah pelaksanaan terbaik untuk tahun ini.

“Kita sedang kaji dan melihat di peringkat kementerian tentang apakah pendekatan yang kita akan gunakan. Apabila kita akan laksanakan untuk tahun ini, ada peruntukan telah disediakan.

“Secara umumnya, kita sedang berbincang (jumlah) peruntukan tersebut. Biasanya bila diumumkan itu telah ada peruntukan untuk perkara tersebut dan akan duduk bincang semula dengan Kementerian Kewangan apakah kaedah pelaksanaan untuk tahun ini,” katanya.

Minggu lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023 mengumumkan kenaikan kadar bantuan RMT buat semua penerima berkuat kuasa bulan ini.

Kadar RMT dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.50 untuk murid-murid di Semenanjung, manakala bagi Sabah, Sarawak dan Labuan pula akan ditambah daripada RM3 kepada RM4.

Sejumlah RM777 juta disediakan iaitu peningkatan signifikan berbanding RM280 juta pada 2020.

Lebih 800,000 murid dan 7,300 pengusaha makanan serta pembekal susu tempatan akan menerima manfaat daripada penambahbaikan bantuan RMT itu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Kalah di Putrajaya, Ku Nan minta buat kiraan semula pula
November 19, 2022· Politik
Radzi Jidin kini akauntan bertauliah
November 14, 2022· Isu semasa
Tadbir negara ketika pandemik, rekod jelas keupayaan PN, kata Bersatu
November 7, 2022· Politik
Kadar baharu RMT bermula 6 Nov, Radzi tekad bela nasib murid memerlukan
November 3, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
November 29, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
13 jam lalu · Isu semasa
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
15 jam lalu · Isu semasa
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
15 jam lalu · Isu semasa
Ismail Sabri nafi perbelanjaan 2020-2022 tak direkod dalam akaun
21 jam lalu · Isu semasa
2,465 kes baharu Covid-19 semalam, lima kematian
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok