Bajet 2023 yang dibentang sudah tidak sah lagi, kata pakar undang-undang

October 17, 2022 · Isu semasa

Pakar undang-undang menyifatkan Bajet 2023 yang dibentang sebelum ini sudah tidak terbatal dan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan sebelum ini tidak lagi sah susulan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu.

Pelbagai inisiatif dan manfaat diumumkan kepada rakyat semasa pembentangan Bajet 2023 lalu tidak lagi boleh digunapakai dan satu belanjawan yang baharu perlu dibentang oleh mana-mana kerajaan yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selepas ini, kata Prof Madya Salawati Mat Basir.

“Bajet sebelum ini sudah terbatal sebab kerajaan bubar. Bila dah bubar tak boleh lagi, bajet tak boleh pakai sebab kerajaan (baharu) nanti Kabinet akan ada orang lain.

“Jadi dalam hal ini bajet baru mesti dibentangkan oleh kerajaan yang akan menang pilihan raya ini,” katanya kepada Agenda Daily.

Salawti yang merupakan penganalisis politik dan juga Pensyarah Undang-Undang Antarabangsa dan Pengajian Keselamatan UKM itu berkata, pelbagai kemungkinan boleh berlaku selepas PRU-15 nanti dengan tidak menolak kerajaan campuran boleh terbentuk dan ia secara tidak langsung belanjawan yang baharu perlu dibentangkan.

“Kerajaan yang baharu ini tidak semestinya kerajaan yang sedia ada ini, buat kalau kerajaan dengan DAP atau buat kerajaan campuran dengan PKR macam mana?

“Jadi memang tidak boleh, memang kena tunggu (untuk dilaksanakan Bajet 2023),” katanya lagi.

Jelasnya lagi, setiap kerajaan baharu akan mempunyai Perdana Menteri yang berbeza polisi terhadap negara, melainkan kerajaan yang sama dibentuk selepas PRU-15 adalah kerajaan yang sama mungkin Bajet 2023 boleh dibentang balik semula seperti sebelum ini.

“Ia (Bajet 2023) akan kena tunggu melainkan kalau kerajaan yang yang ada sekarang ini menang,mungkin mereka bentang balik benda yang sama.

“Ia (bajet baharu) mesti akan ada sebab berbeza Perdana Menteri pasti berbeza dia punya punya polisi terhadap negara,” terangnya lagi.

Terdahulu, Perdana Menteri kerajaan sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan jika Barisan Nasional (BN) menang PRU-15, pembentangan Bajet 2023 yang sebelum ini dibentangkan pada 7 Oktober lalu akan dibentang sekali lagi di Dewan Rakyat.

“Kita dah umumkan bajet. Macam-macam kita hendak bagi kepada rakyat. Semua kita nak bagi ini tetapi kita belum luluskan lagi bajet (Bajet 2023),” katanya dipetik laporan.

Untuk rekod, Bajet 2023 yang dibentang sebelum ini masih belum diluluskan sepenuhnya selepas Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober lalu dan tidak sempat dibahaskan.

Pada 7 Okt lepas, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Bajet 2023 yang melibatkan peruntukan RM372.3 bilion.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok