Bajet 2023 perlu dibentang lagi selepas Parlimen dibubar sebelum bahas

October 17, 2022 · Isu semasa

Bajet 2023 akan dibentangkan sekali lagi sebelum akhir tahun ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata jika Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), pembentangan Bajet 2023 yang sebelum ini dibentangkan pada 7 Oktober lalu akan dibentang sekali lagi di Dewan Rakyat.

“Kita dah umumkan bajet. Macam-macam kita hendak bagi kepada rakyat. Semua kita nak bagi ini tetapi kita belum luluskan lagi bajet (Bajet 2023),” katanya dipetik laporan Bernama.

Untuk rekod, Bajet 2023 yang dibentang sebelum ini masih belum diluluskan sepenuhnya selepas Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober lalu dan tidak sempat dibahaskan.

Jelasnya, Bajet 2023 perlu dibahas dan diluluskan di Dewan Rakyat agar semua inti pati yang terkandung dalam belanjawan persekutuan itu dapat dilaksanakan.

Ismail Sabri dalam pada itu berjanji akan melaksanakan segala inisiatif dalam Bajet 2023 jika terus diberi mandat sebagai Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kalau orang lain perintah, saya tak jamin dapat apa yang dijanjikan. Ada beza antara bajet yang dibentang, tidak dilulus dengan manisfesto. Manifesto ini janji.

“Tetapi bajet apabila dibentangkan, bermakna duit telah tersedia. Itu beza. Duit sudah ada cuma tunggu lulus sahaja untuk laksana,” katanya.

Pada 7 Okt lepas, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Bajet 2023 yang melibatkan peruntukan RM372.3 bilion.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Indonesia sahkan tak buat kenyataan tuntut Tubir Selatan: Wisma Putra
January 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
5 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
5 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok