Bajet 2023: Kerajaan dicadang kembangkan model ekonomi GIG

September 25, 2022 · Isu semasa

Kerajaan diminta memberi fokus kepada pengembangan model ekonomi GIG atau perkongsian yang bernilai tinggi bagi membolehkan pekerja GIG mendapat bimbingan sewajarnya, menurut Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Pengarah Jabatan Penerimagunaan Digital MDEC, Mohd Redzuan Affandi Abdul Rahim berkata ia bertujuan untuk membolehkan pekerja GIG yang berpengalaman mahupun graduan baharu yang menceburi bidang itu lebih memahami cara bekerja secara dalam talian.

“MDEC juga berharap kerajaan dapat menyediakan insentif percukaian bagi menggalakkan perniagaan tempatan mengguna pakai tenaga ‘digital freelancer’ dari dalam negara dan bukannya dari luar negara,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai harapan MDEC untuk Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada 7 Oktober depan.

Katanya insentif kepada pengguna juga perlu diwujudkan bagi menggalakkan penggunaan platform tempatan seperti BungkusIt, MatDespatch, PantangPlus, MrWireman, GoCoach dan pelbagai platform lain.

Katanya MDEC melihat model ekonomi GIG sebagai satu bentuk model yang membolehkan penyertaan rakyat secara inklusif dalam Ekonomi Digital selain menjadi penyumbang dan enjin baharu penjanaan ekonomi sekiranya dapat dilaksanakan dengan sempurna.

“MDEC juga ingin kerajaan menggiatkan lagi usaha yang kini dilaksanakan oleh pihak kami terutamanya dari segi piawaian dan menentusahkan platform GIG bagi memastikan individu yang ingin mengambil bahagian dalam model ekonomi ini terpelihara daripada penipuan pekerjaan.

“Ini termasuk memastikan semua platform yang ingin menawarkan perkhidmatan atau beroperasi di Malaysia perlu berdaftar dengan pihak kerajaan menerusi MDEC untuk ditentusahkan terutamanya dari aspek pengurusan data peribadi,” katanya.

Beliau berkata kerajaan menerusi institusi kewangan juga boleh membantu perkembangan pekerja GIG menerusi kaedah baharu untuk mengenal pasti skor kredit bagi membolehkan mereka mendapat pembiayaan mikro kredit untuk mengembangkan perniagaan.

MDEC merupakan agensi yang bertanggungjawab melaksanakan beberapa program yang mempromosi dan menggalakkan penggunaan model Ekonomi GIG atau Ekonomi Perkongsian sejak 2015 seperti program eRezeki dan Global Online Workforce (GLOW).

Berdasarkan data pelaksanaan program, dianggarkan terdapat seramai 1.12 juta individu yang terlibat dalam model Ekonomi GIG, mengambil peluang menjana pendapatan, sama ada sebagai pendapatan tambahan atau pendapatan utama.

Mohd Redzuan berkata berdasarkan data program MDEC sejak 2016 hingga Jun 2020, pendapatan sejumlah RM2.86 bilion telah diraih oleh pekerja GIG yang terlibat dalam sektor ini.

Sehingga 2021, sebanyak 137 platform telah ditentusahkan dan menjadi rakan strategik program di bawah MDEC dengan saiz pasaran keseluruhan bagi industri ini di Malaysia dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya RM1.61 bilion.

“MDEC menganggarkan pertumbuhan Ekonomi Gig terutamanya dari aspek pertumbuhan platform tempatan akan terus berkembang daripada kira-kira RM371.4 juta pada 2021 kepada sekurang-kurangnya RM650 juta pada 2025,” kata Mohd Redzuan.

Sementara itu, Pengurus Negara Pickupp Navin Kandapper berkata memandangkan ekonomi GIG membolehkan orang ramai mempunyai peluang pendapatan berdasarkan ketersediaan dan pilihan peribadi mereka, ia berharap Bajet 2023 akan mewujudkan kesedaran mengenai ekonomi GIG sebagai peluang fleksibel yang membawa nilai kepada ekonomi secara keseluruhannya.

“Kami turut berharap kerajaan memberi lebih banyak sokongan dalam bentuk inisiatif seperti bengkel untuk pembangunan kemahiran yang berterusan bagi mewujudkan kesedaran mengenai peluang pendapatan atau pendapatan tambahan berdasarkan ketersediaannya,” katanya.

Menurut syarikat permulaan logistik teknologi itu, teknologi membantu menyediakan platform untuk mengurus dan menyokong ejen bebas dengan memberikan kesedaran pendapatan yang jelas, penjejakan produktiviti serta mengautomasikan pembayaran dan maklum balas.

“Sebagai sebuah masyarakat, kami menyedari bahawa peserta ekonomi GIG memenuhi peranan penting dalam masyarakat yang berubah dengan cepat yang telah mengguna pakai penyelesaian e-dagang, penghantaran makanan dan pengangkutan ad-hoc,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Airasia Super App Amanda Woo berkata berdasarkan ekonomi GIG semakin menarik, kebajikan pekerja GIG seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menjadi semakin penting dan perlu diketengahkan dalam Bajet 2023.

Beliau berkata itulah sebabnya airasia baru-baru ini mengumumkan pekerjaan sepenuh masa kepada semua pekerja GIG, termasuk pemandu e-hailing dan penunggang penghantaran.

Pekerja GIG sepenuh masa Allstar akan menerima pendapatan asas (RM2,500), faedah petrol (RM1,000), kadar diskaun yang tinggi untuk penerbangan airasia (diri+keluarga), perlindungan perubatan (diri+keluarga), caruman KWSP oleh AirAsia dan perlindungan PERKESO.

“Terdapat 53,000 pemandu berdaftar AirAsia di Malaysia. Dengan pengumuman pekerjaan sepenuh masa baru-baru ini, kami menyasarkan untuk mempunyai lebih ramai pemandu Allstar sepenuh masa pada akhir tahun kewangan untuk memenuhi permintaan yang meningkat berikutan semua sektor ekonomi telah dibuka semula,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
BNM sukar elak kenaikan OPR kata penganalisis
October 25, 2022· Isu semasa
Selepas pengumuman tarikh PRU-15 semalam, ringgit jatuh lagi pada awal dagangan
October 21, 2022· Isu semasa
UMNO ghairah berkempen PRU-15, tapi pakar ramal ekonomi meleset tahun depan
October 17, 2022· Isu semasa
Nasib M40 masih tidak terbela?
October 10, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Kes Hakim Syarie berbogel, polis dalam proses rakam keterangan saksi
January 13, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
19 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
24 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok