Bajet 2023: Kementerian Kewangan komited sokong sektor peranti perubatan

September 6, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kewangan (MoF) komited untuk terus memberi sokongan kepada sektor peranti perubatan sebagai salah satu sektor pertumbuhan utama dalam pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober.

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata sumbangan sektor peranti perubatan termasuk mewujudkan 39,000 peluang pekerjaan dari 2017 hingga 2021 dan menyumbang RM41.3 bilion dalam eksport pada 2021, lapor Bernama.

“Daripada 30 pemain industri peranti perubatan terbesar di dunia, 10 beroperasi di Malaysia termasuk di Pulau Pinang. Pada 2021, sebanyak RM7.7 bilion jumlah pelaburan telah ditarik oleh sektor ini merangkumi beberapa syarikat yang telah beroperasi di Bayan Lepas selama 50 tahun, dan syarikat yang sedang dalam proses membina kilang baharu di Batu Kawan, Pulau Pinang.

“Kejayaan syarikat peranti perubatan yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara tidak perlu diragukan lagi,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.

Beliau berkata baru-baru ini, beliau telah mengadakan sesi jelajah Bajet 2023 ke Pulau Pinang untuk melengkapkan jelajah ke semua negeri dan telah mempengerusikan sesi dialog bersama lebih 20 peserta industri peranti perubatan bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Sesi libat urus dengan beberapa syarikat pemula niaga teknologi pertumbuhan tinggi turut diadakan, katanya.

Tengku Zafrul berkata usaha ini selaras dengan penubuhan Kertas Konsultasi Awam terkini mengenai Bajet 2023 bertajuk ‘Dasar Penggunaan Barangan, Perkhidmatan dan Teknologi Hasil Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Tempatan Dalam Perolehan Kerajaan’.

Ia bertujuan melindungi dan membangunkan keupayaan syarikat teknologi tempatan melalui penambahbaikan ekosistem pemindahan teknologi, pengkomersialan dan pemasaran hasil R&D tempatan, katanya.

Selain itu, beliau berkata satu dialog juga telah diadakan dengan pengasas dan pihak pengurusan The Habitat di Bukit Bendera bagi mendapatkan status terkini program UNESCO Man & the Biosphere Reserve, antara penerima peruntukan di bawah Bajet 2022.

“Menerusi peruntukan tersebut, ia telah berjaya menambah baik usaha untuk menerapkan konsep ekonomi kitaran sebagai asas kepada pembangunan ekopelancongan lestari di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata sokongan kepada industri ekopelancongan adalah strategi serampang dua mata untuk memelihara khazanah alam semula jadi negara dan pada masa sama menyasarkan pelancong bernilai tinggi.

Berita berkaitan
Kami ada bukti broker ‘Datuk Botak’ beli MP Bersatu, kata Wan Ahmad Fayhsal
November 15, 2023· Politik
Kalau kita pecat dia untung kerana dapat jadi MP bebas, kata Razali
November 11, 2023· Politik
Hukuman akan diambil terhadap MP Bersatu sokong Anwar
November 10, 2023· Politik
Zahid dakwa ramai lagi MP PN akan sokong Anwar selepas ini
November 9, 2023· Politik
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Selamat tinggal dunia mak nyah, luahan Cikgu Erin
October 19, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
14 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
14 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
22 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
22 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
6 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok