Bajet 2023 ‘gula-gula, umpan’ PRU

October 8, 2022 · Isu semasa

Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa menyifatkan Bajet 2023 yang dipentangkan kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat semalam (7 Oktober 2022), hanyalah sekadar ‘gula-gula’ Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurutnya dengan spekulasi PRU akan diadakan sebelum hujung tahun ini, bajet tahun depan yang dibentangkan semalam hanyalah gula-gula tanpa ada intipati untuk mendepani masalah yang lebih besar, termasuk rasuah.

“Intipatinya tidak berbeza dengan sebelumnya dan perkara yang membezakan hanyalah pengenalan Pemetaan SDG (Sustainable Development Goals) dalam sektor-sektor yang diperuntukkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, perkara itu berdasarkan kepada pengukuhan dan keberkesanan untuk mengelak ketirisan yang masih lagi tidak diperincikan dan dipertegaskan.

Mujahid berkata, komitmen menangani rasuah perlu diperkenalkan agar negara dapat melalui fasa pemulihan dengan membina ketahanan nasional dan pengurusan lebih efektif serta sifar ketirisan.

Katanya, satu akta baharu untuk perolehan kerajaan (GPA) yang lebih telus juga diperlukan selain akta fiskal bertanggungjawab (FRA) untuk memantau perolehan dan tatakelola kewangan dalam kontrak kerajaan.

“Mendanai parti politik dan mengkayakan oligarki tidak ditangani dan rasuah dalam kontrak kerajaan menjadi sistemik dan sudah membarah.

“Kajian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati berlaku ketirisan dalam agihan kontrak terhadap kontraktor Bumiputera.

“Peratusan antara 10 hingga 15 peratus daripada nilai kontrak diagihkan kepada pelobi atau orang tengah manakala 13 hingga 15 peratus lagi diagihkan kepada kumpulan politik dan birokrat,” katanya.

Semalam, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz membentangkan bajet defisit dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM372.34 bilion, mengatasi bajet tahun ini sebanyak RM40 bilion.

Dalam Bajet 2023, sebanyak RM94.3 bilion telah diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan, yang tertinggi setakat ini, berbanding peruntukan untuk 2022 sebanyak RM71.2 bilion.

Peruntukan bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) juga naik menjadi lebih RM14 bilion berbanding tahun ini.

Dalam pembentangan belanjawan itu, dianggarkan peruntukan bagi JPM pada 2023 adalah sejumlah RM14,868,378,500 meningkat berbanding peruntukan pada tahun 2022 hanya sebanyak RM12,206,127,100.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
14 minit lalu· Politik
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
Terima kasih atas tawaran tapi PN ada maruah sedia jadi pembangkang: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Apa berlaku dalam mesyuarat MT, dua ahli beri gambaran UMNO khianat Melayu
November 25, 2022· Politik
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022
3,024 kes baharu, lapan kematian
November 26, 2022
Kerajaan laksana PKP di 6 daerah Selangor bermula 6 Mei
May 4, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
10 minit lalu · Isu semasa
3,024 kes baharu, lapan kematian
12 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
23 jam lalu · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
20 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok