Bahaya! Jangan baiki kenderaan di lorong kecemasan: Miros

December 23, 2021 · Isu semasa

Pengguna lebuh raya disaran agar tidak cuba membaiki kenderaan yang rosak di lorong kecemasan sebaliknya menghubungi talian kecemasan 999 atau pengendali lebuh raya bagi mendapatkan bantuan.

Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Datuk Suret Singh berkata cubaan membaiki kenderaan ataupun menukar tayar pada lorong kecemasan di lebuh raya adalah amat berbahaya.

“Semua pengendali lebuh raya mempunyai pasukan peronda dan penyelamat, jadi hubungilah mereka untuk mendapatkan bantuan serta mengelakkan kehilangan nyawa. Jika tiada dalam simpanan telefon, nombor pengendali lebuh raya boleh diperoleh melalui carian Google.

“Biasanya pasukan peronda lebuh raya akan tiba secepat mungkin dan menunda kenderaan yang rosak ke kawasan rehat berhampiran selain semua penumpang juga perlu keluar dari kenderaan dan berkumpul di luar penghadang jalan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Memetik Bernama beliau menasihatkan pengguna lebuh raya agar mengambil iktibar daripada peristiwa kehilangan 10 nyawa di Lebuhraya Elite, pada 18 Disember lalu.

Dalam kejadian itu, 10 individu maut dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah treler di kawasan Rehat & Rawat USJ Lebuhraya Elite menghala Shah Alam.

Mangsa yang meninggal dunia membabitkan sembilan sekeluarga iaitu ibu serta lapan anaknya dan seorang lelaki yang juga mekanik.

Treler itu dipercayai merempuh tiga kereta yang berhenti di lorong kecemasan kerana satu daripada kenderaan itu mengalami kerosakan.

Suret berkata kenderaan yang rosak juga perlu dipasangkan lampu kecemasan dan pemandu disarankan meletakkan ‘segitiga pantul cahaya’ atau kon keselamatan kira-kira 30 meter di belakang kenderaan selain menggunakan lampu suluh bagi tujuan tersebut.

“Ini bagi membolehkan pemandu lain dapat melihat kenderaan rosak yang diletakkan di lorong kecemasan,” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar pengguna lebuh raya dapat menyimpan baju pantul cahaya untuk digunakan pada waktu malam jika berlaku kerosakan.

“Eloklah jika dapat menyimpan baju tersebut di dalam kenderaan untuk tujuan kecemasan,” katanya.

Berita berkaitan
Kenderaan dijangka meningkat di lebuh raya utama menjelang Deepavali
November 11, 2023· Isu semasa
Dijangka 1.9 juta kenderaan pulang ke kampung sempena PRN
August 10, 2023· Isu semasa
Trafik sesak di lebuh raya utama
May 1, 2023· Isu semasa
Aliran trafik di lebuh raya utama malam ini perlahan, lapor LLM
April 23, 2023· Isu semasa
Popular
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
‘Ibu tunggal’ tipu jadi mangsa banjir minta bantuan
January 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok