Bagasi hitam, merah keluar masuk dari aras pejabat Hasanah

April 7, 2021 · Isu semasa

Beberapa pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (JPM), dilihat menarik beberapa bagasi pelbagai saiz berwarna hitam dan merah keluar masuk, dari aras yang menempatkan pejabat bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Ab Hamid dan timbalan-timbalannya.

Ini berdasarkan beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada 163 fail rakaman CCTV yang ditayangkan hampir satu jam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, pada perbicaraan kes pecah amanah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) yang dihadapi Hasanah, yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Penyelidikan JPM.

Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Ahmad Farid Ahmad Kamal mengemukakan rakaman CCTV, ketika pemeriksaan utama terhadap Pegawai Siasatan di Bahagian Forensik Teknologi Ibu Pejabat SPRM, Badri Azni, 37.

Memetik laporan Bernama, rakaman itu menunjukkan beberapa lelaki menarik keluar dan masuk beberapa bagasi melalui lif di aras satu, aras tujuh, dan anjung kereta, Blok B4, JPM pada 30 Apr dan 9 Mei 2018.

Bagaimanapun, mahkamah tidak diberitahu mengenai kandungan bagasi-bagasi berkenaan.

Ketika disoal balas peguam Muhammad Ashraff Mohd Diah yang mewakili Hasanah, adakah tertuduh (Hasanah) dilihat dalam ratusan fail rakaman yang ditunjukkan di mahkamah hari ini, Badri, yang merupakan saksi pendakwaan kelapan itu menjawab:
“Tiada”.

Sementara itu, bekas polis bantuan JPM Norrashid Mahmud, 59, berkata berdasarkan rakaman-rakaman tersebut, beliau mengenali semua individu yang dipaparkan menerusi rakaman CCTV berkenaan.

“Mereka adalah PTD di Blok 4, JPM (Bahagian Penyelidikan),” katanya ketika ditanya soalan tambahan semasa pemeriksaan utama oleh TPR Mohd Fairuz Johari, pada hari keenam perbicaraan kes tersebut.

Ketika membacakan penyataan saksinya, Norrashid yang juga saksi pendakwaan kesembilan berkata, beliau mengenali semua pegawai serta kakitangan di bahagian berkenaan, kerana telah bertugas lebih 20 tahun sebelum bersara pada 20 Okt tahun lepas.

Pada 25 Okt 2018, Hasanah, 64, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, melakukan pecah amanah wang berjumlah US$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kompleks JPM, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya, antara 30 April hingga 9 Mei 2018, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh bersambung pada 12 April ini (Isnin).

Namun pihak media dan orang awam tidak dibenarkan berada di dalam mahkamah pada 12 hingga 16 April bagi mendengar keterangan 11 saksi pendakwaan yang dijalankan secara tertutup, kerana ia melibatkan isu keselamatan negara.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah
July 6, 2022
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok