Baca MoU kerajaan dan PH, kata Annuar Musa kepada pengkritik

June 5, 2022 · Isu semasa

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa sekali lagi meminta pihak tertentu supaya tidak memutar belit mengenai tarikh tamat Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH).

Malah, veteran UMNO yang juga Ahli Parlimen Ketereh itu sekali lagi mengingatkan bahawa perjanjian itu tidak mempunyai tarikh tamat.

“Bagi yang suka menulis tapi malas membaca atau menyelidik, atau yang mungkin sengaja mahu mengelirukan fakta, saya post di sini dokumen rasmi/salinan MoU antara Kerajaan dan Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Annuar dilaporkan mengulas kenyataan beberapa pemimpin UMNO berhubung kenyataannya di Kota Kinabalu sebelum ini.

Berita berkaitan: Tiada tarikh tamat MoU kerajaan dan PH: Annuar perbetul salah faham 

Menerusi hantaran di laman Facebook beliau, Annuar memuat naik beberapa salinan MoU yang ditandatangani pada 13 September 2021 bagi menunjukkan bukti bahawa MoU itu tiada tarikh tamat.

Annuar meminta semua pihak meneliti Perkara 2.1 dan 3.1 dalam dokumen MoU itu bagi mengelak kekeliruan mengenai tarikh tamat MoU itu.

“Sila teliti perkara 2 dan perkara 3 MoU berkenaan. Saya adalah salah seorang yang mewakili kerajaan menandatangani MoU berkenaan.

“Baca jangan tak baca. Jika tidak, tulisan kita menampakkan betapa kita mengkritik atas dasar benci, bukan fakta… atau sememangnya kita berbuat sesuatu nak tunjuk kelebihan kita, tapi sebenarnya kita hanya memperagakan kelemahan kita sendiri,” katanya.

Perkara 2.1 menyebut “Memorandum Persefahaman ini hendaklah berkuat kuasa daripada tarikh Perjanjian ini ditandatangani dan hendaklah terpakai sehingga pembubaran Parlimen Malaysia yang ke-14”.

Perkara 3.1 pula memaklumkan “Kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 haribulan Julai 2022”.

Sebelum ini media melaporkan Annuar memaklumkan tiada tarikh tamat tertentu berkaitan MoU itu mengenai sokongan pembangkang ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Melalui MoU itu, kedua-dua pihak bersetuju membentuk kerjasama dwipartisan membabitkan pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

Berita berkaitan
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
July 3, 2022· Isu semasa
Sedarlah diri Anwar tiada sokongan majoriti nak jadi PM: Annuar
July 3, 2022· Politik
Selepas dibidas ‘bangang’, Noh bidas Anwar pula tak tahu cerita sebenar
July 3, 2022· Politik
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
July 3, 2022· Isu semasa
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
Hakim setuju lawat 2 banglo disebut dalam kes rasuah Presiden UMNO
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kedah tanggung enam bulan sewa rumah mangsa banjir Baling: MB
July 6, 2022 · Isu semasa
Zahid mengaku anak diminta pantau pelaksanaan pelaburan dalam hotel
11 minit lalu · Isu semasa
‘Kelakar’ jika tanya penderma duit haram atau tidak, kata Zahid
47 minit lalu · Isu semasa
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
1 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
3 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok