Azmin wakil PM ke pengebumian Abe

September 26, 2022 · Isu semasa

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Upacara Pengebumian Negara mendiang bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, pada esok (27 September) di Nippon Budokan, Tokyo.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan media berkata Azmin akan diiringi pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo ketika upacara itu.

“Upacara itu juga merangkumi sesi pertemuan bersama Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, dengan kehadiran Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Hirokazu Matsuno dan Menteri Luar Yoshimasa Hayashi.

“Ia disusuli pertemuan ringkas bagi menyampaikan ucapan takziah isteri Abe, Akie Abe, di Akasaka Palace, Tokyo,” kata Wisma Putra.

Ketika memegang jawatan Perdana Menteri Jepun, Abe mengadakan lawatan ke Malaysia sebanyak tiga kali dan beliau juga berperanan penting dalam meningkatkan hubungan dua hala, termasuk mengukuhkan lagi Dasar Pandang ke Timur (DPT).

Katanya, lawatan terakhir Abe ke Malaysia adalah selaku Utusan Khas Perdana Menteri Jepun, bagi memperingati ulang tahun ke-40 DPT – dasar yang diperkenalkan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika pertama kali menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Perdana Menteri dan Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, juga sebelum ini menandatangani buku takziah penghormatan di Kedutaan Besar Jepun di Kuala Lumpur, pada 13 Julai lalu.

Abe disahkan meninggal dunia selepas beliau ditembak dari belakang ketika berucap pada kempen pilihan raya di Nara, Jepun, pada 8 Julai lalu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
1MDB: Mahkamah tolak permohonan Najib dapatkan dokumen perbankan
27 minit lalu· Isu semasa
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022· Isu semasa
Lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan, Wan Saiful kata Rafizi sudah hilang ingatan
December 6, 2022· Politik
Lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan, Rafizi kata boleh pula sekarang
December 6, 2022· Politik
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Enam pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, 1,682 kes baharu
3 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
15 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
18 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022 · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
19 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok