Azhar tampil bidas pihak mahu Parlimen bersidang sekarang

May 30, 2021 · Isu semasa

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Harun membidas golongan yang mahukan Parlimen bersidang semula dalam tempoh darurat ketika ini kerana kurang kefahaman mengenai konsep pembahagian kuasa seperti yang diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menjelaskan, mereka ini pilih bulu dalam mempertahankan Perlembagaan demi mendapatkan keuntungan politik.

“Kita tidak boleh bersikap memilih dengan hanya menerima apa sahaja yang menguntungkan kita namun bersikap keras apabila sesuatu tindakan tersebut tidak memenuhi kepentingan dan hasrat kita,” katanya.

Beliau tampil bersuara selepas dilihat lama berdiam diri terhadap gesaan bertalu-talu ahli Parlimen pembangkang termasuk timbalannya sendiri, Datuk Seri Azalina Othman Said, yang baru-baru ini turut mendesak supaya Parlimen bersidang semula.

“Walauapapun, saya sekarang tergerak untuk menjelaskan satu perkara asas yang banyak di antara kita mengaku tahu dengan banyak tetapi tidak banyak yang dapat difahami, sementara beberapa yang lain memahami tetapi memilih untuk menerapkannya hanya apabila ia sesuai,” katanya menulis dalam MalaysiaNow.

Katanya, walaupun doktrin pemisahan kuasa antara ketiga-tiga institusi – kerajaan, Parlimen dan badan kehakiman – tidak pernah dilaksanakan secara bulat-bulat di mana-mana negara, konsep pembahagian kuasa di antara ketiga-tiga institusi itu adalah prinsip undang-undang yang mesti dilaksanakan.

“Kerana itulah mahkamah tidak melayan pertanyaan mengenai keabsahan persidangan Dewan Rakyat. Dengan kata lain, dalam situasi ini, Mahkamah tidak memiliki sumber undang-undang untuk melakukannya. Sekiranya Mahkamah mempunyai pendirian bertentangan dengan penetapan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas itu, seraya memutuskan perihal keabsahan sebarang persidangan Dewan Rakyat, ia dianggap melanggar undang-undang. Hal ini kerana, mahkamah tidak mempunyai sumber undang-undang untuk melakukannya,” katanya.

Ahli politik pembangkang dari Pakatan Harapan memulakan proses undang-undang terhadap kerajaan, meminta mahkamah mengisytiharkan proklamasi darurat oleh Yang di-Pertuan Agong pada Januari tahun ini sebagai tidak berperlembagaan.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memfailkan semakan kehakiman mencabar tindakan itu selain menyifatkannya sebagai ‘penyalahgunaan kuasa yang sangat dahsyat’.

Pada April, beberapa ahli Parlimen pembangkang bekerjasama dengan enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mendapatkan deklarasi mahkamah mengenai peranan Parlimen dan badan kehakiman, termasuk untuk menyatakan sama ada pembatalan persidangan Parlimen boleh dicabar di mahkamah.

Dalam respons beliau mengenai dakwaan kononnya kerajaan tersilap dalam isu penangguhan Parlimen, Azhar berkata adalah biasa bagi ketiga-tiga institusi pentadbiran untuk campur tangan antara satu sama lain.

Beliau memberikan contoh Parlimen yang mengesahkan undang-undang yang menyatakan sesiapa yang memiliki sejumlah dadah terlarang akan dianggap sebagai pengedar.

“Peruntukan ini melenyapkan kuasa mahkamah untuk menentukan sama ada dia sebenarnya atau dalam undang-undang memang pengedar atau bukan,” katanya, sambil menambah ‘campur tangan’ Parlimen itu sah seperti yang diperuntukkan Perlembagaan.

Berita berkaitan
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Anwar kata sudah ada calon Menteri KPDN
November 24, 2023· Politik
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
24 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
24 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
15 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok