Azhar pertimbang tindakan undang-undang terhadap laporan Utusan

September 2, 2021 · Isu semasa

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Harun menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia susulan laporan artikel bertajuk “15 usul tukar Speaker ditolak” yang didakwa tidak tepat.

Azhar menyifatkan laporan akhbar tersebut pada 1 September bercanggah dengan fakta sebenar yang kononnya mendakwa beliau campur tangan dalam usul tersebut walhal perkara tersebut tidak pernah berlaku.

“Saya tidak pernah mengambil bahagian dalam apa cara sekalipun atau campur tangan di dalam apa-apa keputusan mengenai usul-usul tersebut.

“Malah saya tidak tahu menahu mengenai apa-apa keputusan yang mungkin telah dibuat oleh YB Datuk Rashid Hasnon,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata laporan tersebut juga satu pembohongan dan mempunyai unsur inuendo kerana menuduhnya “mengetepikan usul berkenaan daripada dibahas” yang ditulis dalam artikel tersebut.

“Laporan Utusan Malaysia yang mengatakan antara lainnya bahawa saya telah ‘mengetepikan usul berkenaan daripada dibahas’ dan juga yang mempunyai unsur inuendo bahawa usul-usul tersebut ditolak oleh saya adalah tidak benar dan saya anggap bersifat pembohongan dan fitnah dan dibuat dengan niat untuk menjatuhkan reputasi saya,” katanya lagi.

Susulan itu, Azhar tidak menolak akan mengambil tindakan undang-undang berhubung laporan tersebut kerana memberi imej tidak baik terhadapnya.

“Saya akan mendapatkan nasihat undang-undang mengenai perkara ini dalam masa yang terdekat,” katanya.

Sementara itu, Azhar menegaskan sebarang urusan dan keputusan melibatkan usul-usul tersebut diserahkan kepada Timbalannya, Rashid kerana ia bercanggah kepentingan sekiranya beliau mengendalikan usul-usul sedemikian.

Jelasnya lagi, pejabatnya ada menerima pemberitahu usul-usul untuk beliau mengosongkan jawatannya dan juga supaya individu lain dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat baharu.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
RM86.7 bilion dibelanja pada suku pertama: Kementerian Kewangan
July 27, 2022
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
13 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
13 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok