Azeez Rahim cakap Tamil dengan gajah, Rayer kata kurang ajar

October 26, 2021 · Isu semasa

Tindakan Ahli Parlimen (MP) Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim bercakap Tamil dengan gajah yang ‘mengamuk’ menyebabkan Dewan Rakyat kecoh seketika hari ini setelah dibantah RSN Rayer (DAP-Jelutong).

Pada awalnya Azeez ketika membahas Rang Undang-Undang Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021 menceritakan pengalamannya berada dalam situasi cemas berdepan dengan seekor gajah yang mengamuk.

Menurut Azeez pelbagai cara telah dilakukan oleh pegawai Perhilitan untuk menenangkan gajah itu, malah beliau sendiri mencadangkan dibawa dua ekor gajal Siam yang lain untuk dijadikan denak.

“Hari ketiga gajah itu belum tenang, kita terpaksa bawa dua denak pula untuk pujuk rayu gajah itu supaya bertenang.

“Saya dapat tahu bahawa gajah itu boleh faham cakap Tamil. Saya cakap dengan dia, saya tenangkan dia. Akhirnya dia angkat belalai dia, dia tunduk…,” katanya.

Ahli Parlimen Ahmad Tarmizi Sulaiman mencelah dengan meminta Azeez bercakap Tamil sehingga gajah itu tunduk.

“Datuk Yang Dipertua… saya sebenarnya tak nak berbahasa lain memandangkan hari ini hari jadi Datuk Speaker dengan kita ucapkan selamat hari jadi… Happy birthday to you sir.

“Jadi saya dapat tahu gajah itu boleh berbahas Tamil… memandangkan dia laki-laki (jantan), saya pun cakap dengan dia… saya kata ayaa….,” kata Azeez.

Bagaimanapun Rayer bangun dan menganggap perbuatan itu memalukan serta menghina masyarakat yang berbahasa Tamil.

Rayer berkata, berdasarkan Peraturan Mesyuarat 36(12), kenyataan itu adalah mengelirukan Dewan, dan menganggap Abdul Azeez sebagai kurang ajar.

Selepas berkali-kali meminta beliau bertenang, akhirnya Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun tidak mempunyai pilihan lain selain memerintahkan Rayer keluar dari Dewan selama 10 minit.

Berita berkaitan
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023· Isu semasa
Kerajaan campuran lantik Azeez Rahim jadi Pengerusi KEDA baharu
April 5, 2023· Politik
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
December 9, 2022· Isu semasa
7 Februari rayuan akhir kes lucut hak dana 1MDB diberi Najib
October 18, 2022· Isu semasa
Popular
Beberapa negeri bakal berdepan hujan lebat dan ribut petir esok: MetMalaysia
October 23, 2022
Rumah Terbuka bersama Sanusi cecah 50 ribu orang lebih, lapor Sinar Harian
April 28, 2023
Ulama tersohor Pulau Pinang Syeikh Abdullah meninggal dunia
January 9, 2022
KDN bentang usul lanjutkan tempoh tahanan SOSMA, siasatan kes rumit
March 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok