Azeez kena gastrik, keputusan rayuan batal pendakwaan kes rasuah ditangguh lagi

August 26, 2022 · Isu semasa

Keputusan permohonan rayuan bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bagi membatalkan 13 tuduhan menerima rasuah dan pengubahan wang haram dihadapinya sekali lagi ditangguhkan.

Pada awalnya Mahkamah Rayuan dijadualkan membuat keputusan berhubung permohonan Ahli Parlimen Baling itu hari ini, bagaimanapun pemohon mengalami sakit perut gastrik dan keputusan dipinda ke satu tarikh baharu lain.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said yang mempengerusikan prosiding hari ini menegur Azeez dan pasukan peguamnya memandangkan sudah beberapa kali keputusan berhubung kes tersebut sudah ditangguh sebelum ini.

“Kes ini sudah banyak kali ditangguhkan dan kita banyak kes lain yang perlu didengar. Berkaitan representasi oleh pembelaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara (AGC), kalau tiada jawapan daripada mereka, kita anggap tiada apa-apa.

“Namun, kita berharap pihak terbabit menjawab (representasi itu), kalau tolak perlu beritahu supaya ada jawapan serta perkara itu tidak tergantung,” katanya dipetik laporan BH.

Dua lagi panel Hakim yang bersidang adalah Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.

Peguam bela Azeez terdahulu memaklumkan anak guamnya tidak dapat hadir ke mahkamah kerana sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Susulan itu, Kamaludin menetapkan 5 September depan sebagai tarikh baharu keputusan rayuan dikemukakan oleh Azeez itu.

Peguam Azeez, Amer Hamzah Arshad, berkata anak guamnya mengalami gastrik sejak jam 2 pagi tadi dan sedang menerima rawatan di PPUM.

Beliau berkata, pihaknya akan mengemukakan cuti sakit (MC) Abdul Azeez kepada mahkamah bagi mengesahkan perkara itu.

“Saya juga ingin meluahkan kekecewaan berhubung empat surat representasi yang diserta dengan dokumen berkaitan dihantar kepada SPRM dan AGC.

“Surat terakhir dihantar pada 27 Jun lalu. Kita berharap ada jawapan dan mereka boleh terima atau menolak surat itu. Kalau ikut prosedur biasa, mereka merasakan representasi itu lemah, ia boleh ditolak,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron memaklumkan isu yang timbul berhubung representasi itu akan dimaklumkan kepada AGC.

Pada 1 Julai lalu, pasukan pembelaan memohon keputusan rayuan bekas Pengerusi Tabung Haji itu bagi membatalkan tuduhan berkenaan di Mahkamah Rayuan, ditangguhkan.

Amer Hamzah dilaporkan berkata, ia bagi memberi ruang dan masa kepada SPRM menjalankan siasatan terhadap penemuan fakta serta bukti baharu kes itu yang diserahkan oleh pihaknya kepada AGC.

Pada 12 Mac tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Azeez bagi membatalkan kes sama.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati, pertuduhan yang dikenakan terhadap Azeez tidak cacat.

Muhammad Jamil dalam penghakimannya, berkata mahkamah juga mendapati alasan permohonan Azeez tidak bermerit, manakala tertuduh gagal menunjukkan pendakwaan terhadapnya adalah bersifat mala fide (berniat jahat).

Azeez, 54, yang juga Ahli Parlimen Baling menghadapi tiga tuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram mencecah jutaan ringgit.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 serta dibaca bersama seksyen 16(a)(A) dan seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
29 minit lalu· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kes rasuah kementerian RM41j, penulis blog politik kena cekup SPRM
May 12, 2023
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok