Azam nafi tuduhan kawal banyak syarikat, saman pihak cemar reputasi

January 5, 2022 · Isu semasa

Tuduhan kononnya memiliki kawalan ke atas banyak syarikat dinafikan Tan Sri Azam Baki hari ini dan membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mencemarkan reputasinya sebagai Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Azam berkata tuduhan tersebut yang ditular sejak kebelakangan ini tidak benar dan ia merupakan satu penipuan besar pihak tertentu untuk memberi persepsi negatif yang direka cipta untuk menjatuhkan reputasinya dan SPRM.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini. Saya buat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mencemarkan reputasi saya,” katanya pada sidang media khas, petang ini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akaun media sosial Edisi Siasat yang sejak beberapa bulan lalu mendakwa berlaku salah laku membabitkannya.

Dalam pada itu, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) memberitahu berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Azam selepas memanggilnya pada November lalu.

Pengerusi LPPR Abu Zahar Ujang berkata Azam memberitahu akaun trading miliknya digunakan oleh adiknya untuk memperoleh saham dalam dua syarikat pada 2015.

Pada sidang media hari ini, Abu Zahar berkata Azam hadir dalam pertemuan dengan lembaga itu pada 24 Nov lalu untuk memberikan penjelasan.

Saham itu telah dipindahkan kepada adiknya, Nasir.

Abu Zahar berkata mereka berpuas hati dengan penjelasan Azam bahawa dia tidak mempunyai manfaat kewangan mahupun konflik kepentingan dalam pemerolehan saham tersebut.

Berita berkaitan
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023· Politik
Rasuah kereta mewah pegawai kanan di kementerian, seorang pemilik syarikat ditahan: Laporan
September 27, 2023· Isu semasa
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023· Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Popular
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
October 3, 2023
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
October 3, 2023
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
October 3, 2023
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
9 jam lalu · Isu semasa
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
17 jam lalu · Isu semasa
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
18 jam lalu · Isu semasa
PAS tak fail rayuan keputusan Parlimen Kemaman, sedia hadapi PRK
18 jam lalu · Isu semasa
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
4 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok