Azalina positif Covid-19, sempat hadir di Parlimen kemuka soalan

Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini mengesahkan beliau positif Covid-19 setelah menjalani ujian Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR).

Pejabat Ahli Parlimen Pengerang dalam kenyataan hari ini mengesahkan Azalina didapati positif Covid-19 hasil ujian PCR yang diterima sebentar tadi.

“Saya memohon maaf atas kesulitan yang timbul susulan perkembangan ini.

“Saya memohon agar sesiapa yang berurusan dengan saya dalam tempoh 48 jam terdahulu dapat menjalani saringan Covid-19 yang sewajarnya,” katanya.

Azalina hadir di Dewan Rakyat hari ini dan sempat mengemukakan soalan dalam sesi soal jawab lisan.

BERITA BERKAIT
POPULAR