Azalina nafi letak jawatan penasihat khas PM

August 31, 2022 · Isu semasa

Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini menafikan beliau meletak jawatan sebagai Penasihat Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya ingin mengesahkan bahawa setakat 31 Ogos 2022, saya masih berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia.

“Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke-65,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi beliau hari ini.

Terdahulu, laporan awal Sinar Harian memetik sumber yang mendakwa Ahli Parlimen Pengerang itu telah meletak jawatan berkenaan semalam (Selasa, 30 Ogos 2022).

Untuk rekod, Azalina dilantik ke jawatan berkenaan pada pada 2 Oktober 2021.

Beliau dilantik ke jawatan tersebut selepas meletak jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada 23 Ogos 2021 atas beberapa alasan.

Antara alasan berkenaan termasuk disebabkan kapasiti moral peribadi, yang mana katanya, terdapat konflik peranan dan tanggungjawab antara menjadi ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Ahli Parlimen dalam sebuah kerajaan gabungan.

Pada perhimpunan Taklimat Khas Presiden UMNO pada 27 Ogos lalu Azalina antara yang dijemput memberi ucapan pada majlis berkenaan.

Dalam ucapannya, Azalina telah mengkritik Ismail Sabri dengan berkata bahawa sesiapa sahaja yang menjadi perdana menteri perlu melantik “orang dia “untuk memudahkan urusan.

“Pelantikan peguam negara (AG) adalah atas nasihat PM dan PM harus melantik ‘orang dia’ sebagai peguam negara untuk mudahkan segala urusan.

“Jika kuasa penukarkan AG di tangan PM, mengapa PM tidak menukarkan AG, malah ia adalah bidang kuasa PM. Saya nak tanya satu sahaja, takkan nak tukar AG pun tak boleh.

“Di mana-mana negara, sesiapa yang menjadi Perdana Menteri akan memilih orangnya sendiri untuk menjadi AG.

“Saya sudah menjadi ketua bahagian UMNO lebih 20 tahun. Sudah tentu setiausaha bahagian adalah orang saya sendiri, begitu juga ketua penerangan kerana saya melantik mereka,” kata Azalina.

Majlis taklimat itu diadakan setelah Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta terhadap Datuk Seri Najib Razak, seterusnya menghantar bekas Perdana Menteri itu terus ke Penjara Kajang.

Berita berkaitan
Tak pernah bincang Zahid jadi calon PM, kata Naib Presiden UMNO
8 jam lalu· Politik
Kenapa ramai sangat ikut PM ke New York dan berapa kosnya? soal Salahuddin
September 25, 2022· Politik
Tak ada pun PM bincang tarikh PRU dengan Bersatu: Faizal
September 18, 2022· Politik
PRU-15: Ismail Sabri kata percaya lah sikit lagi dan tak lama dah
September 17, 2022· Politik
Popular
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
September 26, 2022
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
September 26, 2022
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
September 26, 2022
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
7 jam lalu · Isu semasa
RM2.08 bilion masuk akaun Najib dalam dua bulan, kata saksi
7 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
8 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
8 jam lalu · Isu semasa
PAC siasat kelewatan projek 3 kapal OPV, kontrak diberi sejak zaman BN
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sambutan ulang tahun ke-6 Bersatu meriah, agih bantuan makanan
6 jam lalu
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok