Azalina letak jawatan penasihat khas PM?

August 30, 2022 · Isu semasa

Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said dilaporkan meletak jawatan sebagai Penasihat Khas Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri.

Laporan awal Sinar Harian memetik sumber yang mendakwa Ahli Parlimen Pengerang itu telah meletak jawatan berkenaan hari ini (Selasa, 30 Ogos 2022).

Bagaimanapun, akhbar berkenaan juga memetik laporan sebuah portal berita yang menafikan Azalina meletak jawatan.

Portal berkenaan yang juga memetik sumber terdekat UMNO memberitahu bahawa Azalina tidak berbuat demikian.

“Sehingga kini YB Datuk Seri (Azalina) masih lagi penasihat khas Perdana Menteri,” kata sumber itu.

Untuk rekod, Azalina dilantik ke jawatan berkenaan pada pada 2 Oktober 2021.

Beliau dilantik ke jawatan tersebut selepas meletak jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada 23 Ogos 2021 atas beberapa alasan.

Antara alasan berkenaan termasuk disebabkan kapasiti moral peribadi, yang mana katanya, terdapat konflik peranan dan tanggungjawab antara menjadi ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Ahli Parlimen dalam sebuah kerajaan gabungan.

Pada perhimpunan Taklimat Khas Presiden UMNO pada 27 Ogos lalu Azalina antara yang dijemput memberi ucapan pada majlis berkenaan.

Dalam ucapannya, Azalina telah mengkritik Ismail Sabri dengan berkata bahawa sesiapa sahaja yang menjadi perdana menteri perlu melantik “orang dia “untuk memudahkan urusan.

“Pelantikan peguam negara (AG) adalah atas nasihat PM dan PM harus melantik ‘orang dia’ sebagai peguam negara untuk mudahkan segala urusan.

“Jika kuasa penukarkan AG di tangan PM, mengapa PM tidak menukarkan AG, malah ia adalah bidang kuasa PM. Saya nak tanya satu sahaja, takkan nak tukar AG pun tak boleh.

“Di mana-mana negara, sesiapa yang menjadi Perdana Menteri akan memilih orangnya sendiri untuk menjadi AG.

“Saya sudah menjadi ketua bahagian UMNO lebih 20 tahun. Sudah tentu setiausaha bahagian adalah orang saya sendiri, begitu juga ketua penerangan kerana saya melantik mereka,” kata Azalina.

Majlis taklimat itu diadakan setelah Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta terhadap Datuk Seri Najib Razak, seterusnya menghantar bekas Perdana Menteri itu terus ke Penjara Kajang.

Berita berkaitan
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
12 jam lalu· Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
19 jam lalu· Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
20 jam lalu· Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Popular
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Mat Sabu cadang premis kerajaan guna beras import bersubsidi
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
5 minit lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
7 minit lalu · Isu semasa
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
20 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
20 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
23 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok