Ayob Khan Pengarah JSJN

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, berkuat kuasa esok, 25 Disember 2021.

Beliau menggantikan Datuk Razaruddin Husain yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa 26 Disember ini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Deputi Komisioner Ruslan Khalid berkata jawatan Ayob Khan diisi Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat.

Dalam kenyataan malam ini, beliau berkata, Timbalan Pengarah (Integriti) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Deputi Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad dilantik Ketua Polis Kedah memakai pangkat Komisioner.

Rabu lalu, Razarudin silantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara menggantikan Datuk Seri Mazlan Lazim yang bersara wajib pada 24 Disember.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas menerima nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

BERITA BERKAIT
POPULAR