Ayob jamin polis bersekongkol Geng Nicky diheret ke mahkamah

April 14, 2021 · Isu semasa

Polis percaya lebih ramai anggota dan pegawainya yang terbabit bersekongkol dengan sindiket jenayah terancang diketuai ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay bagaimanapun berkata, senarai anggota dan pegawai terbabit dalam persekongkolan itu tidak akan diumum kepada awam.

“Insya-Allah kita akan tangkap, bila sudah lengkap nanti kita akan tangkap. Saya akan mengambil tindakan di bawah jenayah terancang. Ini yang paling tegas.

“Kami tengah kemas kini dan lengkapkan kertas siasatan. Saya kena pastikan semua kena cukup bukti dahulu, bagi kami masa,” katanya di Johor, hari ini.

Beliau berkata, 34 anggota dan pegawai sebagaimana diumumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador akan dikenakan tindakan mengikut akta berkaitan jenayah terancang.

Ayob berkata, beliau tidak akan menyerahkan kes membabitkan anggota dan pegawai polis itu untuk tindakan tatatertib oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Sebaliknya, beliau mahu memberi tumpuan untuk melengkapkan kertas siasatan dan membawa semua pegawai dan anggota terbabit ke muka pengadilan.

“Saya tidak akan serah pada JIPS untuk ambil tindakan. Saya hendak ambil tindakan bawah jenayah terancang. Bagi saya itu yang paling tepat, mudah, paling tegas untuk kita ambil tindakan,” katanya.

Ayob berkata, polis kontinjen Johor sudah menangkap 24 pegawai dan anggota pelbagai agensi penguatkuasa dalam Ops Benteng yang dilaksanakan sebelum ini.

Berita berkaitan
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
8 jam lalu· Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
23 jam lalu· Isu semasa
Kertas siasatan Dr Mahathir dirujuk ke Peguam Negara Selasa ini
24 jam lalu· Politik
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023· Politik
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
2 jam lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
6 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
8 jam lalu · Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023 · Isu semasa
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
15 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok