Awasi musuh terus hasut rakyat benci kerajaan

May 12, 2021 · Isu semasa

Usaha memburuk-burukkan kerajaan kerana melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), termasuk menuduh kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal menangani pandemik Covid-19, akan berterusan.

Musuh-musuh kerajaan ini sentiasa menggunakan media massa untuk mengecam keputusan kerajaan, selain tidak berhenti menghasut rakyat membenci kerajaan.

Justeru, Ahli Parlimen Tumpat Datuk Che Abdullah Mat Nawi mengingatkan rakyat supaya jangan terjebak dengan dakyah musuh yang tidak pernah berhenti menghasut orang ramai, khususnya berkaitan PKP.

“Mereka (musuh) menggunakan media massa mengecam kerajaan berikutan pelaksanaan PKP 3,0 menjelang Aidilfitri.

“Mereka juga menghasut rakyat dengan mendakwa kerajaan tidak tetap pendirian, sering berubah-ubah dalam keputusan berkaitan pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II itu mengingatkan rakyat bahawa apa yang kerajaan lakukan sekarang adalah untuk memutuskan rantaian Covid-19 yang semakin membimbangkan.

“Perubahan yang dilakukan kerajaan sama ada dalam PKP, PKPB atau seumpamanya bersandarkan perkembangan semasa yang sering berubah-ubah.

“Bila kita buat PKP mereka persoal kenapa buat, jika tak buat mereka juga akan persoal kenapa tidak buat dan sebagainya,” katanya.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Projek HSR: Saman terhadap empat tokoh politik dibatalkan mahkamah
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
‘Ibu tunggal’ tipu jadi mangsa banjir minta bantuan
January 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok