Awas! Tiktok mungkin umpan pedofilia dekati anak anda

January 29, 2022 · Isu semasa

Media  sosial kini merupakan platform paling popular dalam kalangan masyarakat. Tidak kira usia tua atau muda, pastinya ada satu akaun media sosial seperti Facebook, Twitter atau TikTok.

Walaupun media sosial dapat memberi manfaat melalui perkongsian ilmu, resipi atau panduan tertentu kepada orang ramai, ia juga dikatakan memberi kesan buruk khususnya untuk kanak-kanak.

Ini termasuk mempengaruhi pemikiran kanak-kanak jika melihat pengisian-pengisian yang berbahaya dan memudaratkan mereka. Oleh itu, ramai ibu bapa risau akan keselamatan anak-anak mereka jika mereka meniru aksi yang ditonton dan tidak dipantau dengan baik.

Menyedari pentingnya ibu bapa untuk melindungi mereka daripada kandungan berbahaya, ancaman pemangsa dan bahaya dalam talian, Datuk Fazley Yaakob  dan isteri, Datin Azrene berkongsi pendekatan mereka mengawal aktiviti anak-anak khususnya TikTok.

“Anak-anak kami semuanya terlibat dalam aktiviti media sosial, termasuk TikTok. Suami saya, Fazley menyimpan senarai semua kata laluan mereka dan kami juga ikuti mereka di media sosial untuk memantau aktiviti mereka di sana.

“Jika kami melihat sebarang perkongsian yang membimbangkan, kami akan bercakap dengan mereka mengenainya. Kami mengamalkan dialog terbuka tentang segala-galanya supaya mereka tidak merasakan keperluan untuk membelakangi kami dan mencari cara tersembunyi untuk memenuhi rasa ingin tahu mereka, “kata Azrene.

Tambah Azrene, terdapat juga aplikasi yang boleh digunakan ibu bapa untuk mengawal penggunaan internet kanak-kanak dan ibu bapa juga perlu lebih celik teknologi berbanding ibu bapa pada masa lalu.

“TikTok sekarang media sosial kegemaran golongan muda tetapi ramai tidak sedar tentang bahaya pemangsa dalam talian yang tekad mencari jalan untuk mendekati kanak-kanak,” ujarnya.

Azrene turut memberi contoh permainan dalam talian yang secara asasnya tidak berbahaya  kanak-kanak memasuki bilik rawak untuk bermain. Namun demikian, terdapat satu bilik, pedofil sedang menunggu untuk antun (grooming) kanak-kanak, bermula dengan menjadi kawan mereka, bermain permainan dengan mereka dan kemudian meminta maklumat peribadi seperti gambar, nombor telefon dan sebagainya.

Situasi itu terbongkar apabila Fazley sedang melihat anak mereka bermain permainan itu dan seorang pemangsa muncul dan menghubungi anak mereka.

“Ia sangat menakutkan. Mereka akan memikat kanak-kanak dengan barangan permainan dan meminta watak yang dimainkan oleh kanak-kanak itu untuk memakai pakaian dalam dan kemudian menanggalkannya.

“Pada platform mesej, orang yang sama daripada permainan dalam talian itu juga dilihat cuba menghubungi anak saya. Apabila kami menyedari tentang cara pemangsa ini memanipulasi permainan untuk menyasarkan kanak-kanak, kami mengarahkan anak-anak kami untuk memadamkan akaun mereka,” jelas Fazley.

Perkara tersebut mengecewakan Fazley dan isteri  tetapi kami mengambil masa berminggu-minggu untuk meneliti peraturan dan garis panduan bersama mereka serta membincangkan tentang bahaya yang wujud dalam talian.

“Anak-anak kami merupakan pemain yang lebih selamat sekarang,” kata Fazley.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian daripada akaun TikTok wfsufina, wanita ini ada berkongsikan satu tips yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memantau tontonan anak-anak anda dalam TikTok.

Senang sahaja. Hanya ikuti langkah berikut:

  • Buka akaun TikTok anda.
  • Pergi ke bahagian ‘Settings‘.
  • Skrol ke bawah dan tekan butang ‘Family Pairing‘. Jadi, anda akan nampak senarai semak di mana anda boleh kawal masa tontonan, tapis kandungan dan privasi atau keselamatan.
  • Kemudian, klik butang ‘Next‘ dan anda akan nampak dua ikon, iaitu ibu bapa dan remaja.
  • Selepas itu, anda harus tekan butang ‘Next‘ dan akan diberikan kod QR.
  • Bagi anak anda pula, caranya sama sahaja dan hanya menekan pada butang remaja dan scan kod QR tersebut.

Berita berkaitan
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Polis buka siasatan terhadap akaun TikTok kritik PMX
August 2, 2023· Politik
Akaun TikTok Sanusi boleh diakses kembali
July 17, 2023· Politik
Popular
[KEMAS KINI] Najib pecat peguam cara firma guaman Zaid Ibrahim
August 19, 2022
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok