AWAS! Paras air enam sungai di lima negeri telah lepasi tahap bahaya

October 8, 2022 · Isu semasa

Penduduk di kawasan rendah dan berhampiran sungai utama di seluruh negara perlu terus berwaspada susulan paras air di beberapa lembangan, sublembangan dan stesen di laporkan berada pada paras amaran serta bahaya.

Data laman sesawang info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat jam 12 tengah malam ini, negeri-negeri yang terlibat adalah Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Di Selangor, paras Sungai Buloh di Paya Jaras berada pada 24.51 meter (m) mencecah paras bahaya.

Di Kedah melibatkan Sungai Anak Bukit di Jambatar TAR, Kota Setar merekodkan bacaan 1.57m.

Negeri Sembilan pula melibatkan Sungai Linggi di Kampung Linsum, Seremban dan Sungai Jimah di Kampung Jimah, Port Dickson yang masing-masing mencatatkan bacaan 9 meter dan 8.61 meter melepasi paras amaran.

Turut melebihi tahap amaran iaitu Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah dengan bacaan 1.79m serta Parit Keliling di Kampung Pasir, Johor Bahru dengan bacaan 0.61m.

Terdahulu Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan bacaan paras air di Sungai Buloh telah mencapai tahap bahaya.

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan 10 negeri sehingga jam 3 pagi nanti.

“Antaranya adalah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022· Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022· Isu semasa
Pemimpin Amanah Kedah keluar parti, tak puas hati tunduk kepada DAP
December 1, 2022· Politik
Hujan lebat dan ribut petir diramal seluruh negara selama tiga hari
November 28, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Malaysia berdaya saing jadi negara ekonomi digital
January 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok